5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS

5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS
link : 5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS

Baca juga


5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS

 
Bagaimanapun Hasan berkata keinginan menyertai semula politik sudah tiada.


Hasan-Mohamed-Ali_pas_600


PETALING JAYA: Satu masa dulu dikecam kerana cuba mengadakan “kerajaan perpaduan” dengan Umno, bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengakui ada pimpinan PAS yang mahu beliau kembali kepada parti Islam itu.

Bagaimanapun, Hasan dipetik Sinar Harian berkata beliau sudah tidak meminati politik.

“Saya tidak nafikan, ramai pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS mahu saya masuk semula PAS. Tapi saya tidak bagi jawapan pasti. Pada peringkat ini, saya lebih selesa dengan apa yang saya buat,” katanya.

Hasan, bekas exco Selangor yang pernah menjawat pesuruhjaya PAS Selangor, dipecat daripada PAS pada Januari 2012.

Menurut PAS, ia susulan tindakan Hasan yang “menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS”.

Hasan pada waktu itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya adalah mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang diterajui PAS dan turut mengecam golongan bukan ulama dalam PAS sambil menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Selain itu, Hasan turut mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan “Bebaskan Anwar” walaupun dipersetujui Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan timbalannya ketika itu, Mohamad Sabu.

Bekas Exco Hal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata, hubungannya dengan pimpinan PAS masih lagi kekal baik sehingga hari ini.

“Saya masih lagi bertemu rakan-rakan dalam PAS. Hubungan saya dengan pimpinan PAS pun okay.
Dan jika boleh ziarah Ustaz Hadi (Presiden PAS) saya mahu jadi yang terawal menziarahinya,” katanya kepada Sinar Harian, merujuk Hadi yang kini berehat selepas menjalani pembedahan.

“Cuma dulu orang tak faham bila saya dikeluarkan daripada PAS. Bila kenyataan saya berkenaan parasit itu menjadi kenyataan, barulah orang faham. Tapi orang yang faham itu sudah pun terlewat,” katanya.



Demikianlah Artikel 5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS

Sekianlah artikel 5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 tahun selepas dipecat, Hasan Ali terima lamaran PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/5-tahun-selepas-dipecat-hasan-ali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :