AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi

AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi
link : AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi

Baca juga


AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi

Oleh Athirah Hanapiah & Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Pemuda AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui majoriti pengundi Pakatan Harapan (PH) yang memilih mereka pada pilihan raya umum lepas kecewa dengan perkembangan parti itu hari ini.
 
Katanya, dengan pelbagai krisis dalaman yang melanda pembangkang hari ini telah menjadikan rakyat keliru seterusnya memberi tanggapan PH masih belum bersedia mentadbir negara.
 
“Suka atau tidak pastilah majoriti pengundi yang telah memilih memberi harapan kepada kita semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan pelbagai perkembangan yang ada di kalangan parti pembangkang.
 
“Ini adalah tragedi yang besar jika kita mengambil kira potensi peralihan kuasa buat kali pertama sejak merdeka, mentaliti kepembakangan yang masih tebal menyebabkan kita gagal mengurus perbezaan secara matang, sekaligus memberikan tanggapan umum seolah-olah kita tidak bersedia untuk mentadbir," katanya dalam ucapan dasar Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini, hari ini.
 
Prestasi pembangkang mula merudum selepas Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan pada Jun 2015 ekoran DAP memutuskan hubungan dengan PAS.
 
DAP dan PAS sering bertelagah kerana parti berteraskan Islam itu mahu melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan.
 
Kemudian pembangkang menubuhkan Pakatan Harapan (PH) pada September 2015 yang disertai PKR, DAP, dan Amanah yang merupakan parti serpihan PAS. 
 
Krisis dalam parti pembangkang kembali memuncak apabila PAS baru-baru ini mengambil keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR seperti yang diumumkan Masjlis Syura Ulama parti itu.
 
Susulan daripada itu, berlaku desakan daripada pelbagai pihak dalam pembangkang sendiri yang meminta jawatan Exco yang dipegang oleh pemimpin PAS di Selangor agar dilepaskan.
 
AMK sokong Akta 355  
 
Dalam pada itu, mengulas lanjut, pemuda AMK menyokong penuh usul PAS memperkasa Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 yang berjaya dibentangkan April lepas.
 
“Pendirian Keadilan dalam memperkasakan Rang Undang-undang mahkamah Syariah, kita menyokong usaha untuk memperkasa mahkamah syariah dari segi gaji, kelayakan hakim dan sebagainya tetapi kita ada ‘reservation’ dalam RUU.
 
Pada sidang Parlimen lalu, Hadi diberi laluan untuk membentangkan pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk menambah kuasa terhadap Mahkamah Syariah.
 
Pindaan itu termasuk menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan, berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.
 
Namun, usul pindaan itu dijangka akan dibahaskan semula pada sidang Parlimen Julai akan datang.
 
 


Demikianlah Artikel AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi

Sekianlah artikel AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMK akui kecelaruan pembangkang kelirukan pengundi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/amk-akui-kecelaruan-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :