Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid

Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid
link : Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid

Baca juga


Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid

 
Ramai yang mendakwa 3 lelaki Turki yang ditahan atas dakwaan terbabit kegiatan keganasan oleh kerajaan Reccep Tayyip Erdogan kini berdepan penyeksaan di Turki.


khalid-turkey-angry2 

PETALING JAYA: Komuniti pengguna Twitter warga Turki menyuarakan kemarahan beberapa jam selepas ketua polis negara mengumumkan 3 lelaki Turki sudah dihantar pulang, walaupun rayuan ahli keluarga yang bimbang keselamatan mereka terancam disebabkan tindakan Presiden Reccep Tayyip Erdogan terhadap penentangnya.

Ramai turut menyelar Tan Sri Khalid Abu Bakar membantu tindakan keras yang diambil rejim Erdogan itu.

Khalid hari ini berkata, Turgay Karaman, Ismet Ozcelik dan Ihsan Aslan sudah dihantar pulang ke Ankara malam tadi, selepas pasport mereka dibatalkan kerajaan Turki.

Katanya, 3 lelaki itu adalah anggota Organisasi Pengganas Fetullah (Feto), label digunakan Ankara untuk menyifatkan Gerakan Gulen yang diketuai Fethullah Gulen, ulama Turki yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

“Apa kepercayaan yang anda wakili? Anda melibatkan diri dalam liga penzalim bertopengkan Islam,” soal pengguna Twitter “foto Selli”.

Pengguna itu turut membandingkan anekdot daripada sejarah awal Islam, apabila Nabi Muhammad yang melarikan diri dari kampung halamannya, berlindung di Habsyah yang diperintah seorang raja Kristian.

“Anda patut malu! Raja Najashi bukan umat Islam, tetapi beliau tidak menyerahkan orang yang berlindung di negaranya dan dalam kuasanya.”

“Anda patut malu. Ini sebabnya umat Islam mendapatkan perlindungan di sebuah negara bukan Islam,” kata seorang pengguna Twitter.

Ramai yang memberi amaran 3 warga Turki itu akan berdepan penyeksaan dalam tahanan Ankara.
“Anda memalukan. Hantar orang ke sebuah negara di mana mereka mungkin diseksa atau dibunuh,” kata Mahir Zeynalov.

Kudret Emin berkata, mengusir mereka “adalah satu pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa”.
“Masyarakat antarabangsa tidak akan mengabaikan dan membiarkan kekejaman ini! #freeTurgay,” tulisnya.

Abdullah Ademoglu lebih berani dalam reaksinya dengan berkata, ia adalah satu penyakit di Malaysia: “Malu terhadap mereka; yang tidak bebas, mengabaikan hak asasi manusia, korup, melanggar undang-undang, bertangan kotor. MALAYSIA patut malu.”

Kumpulan hak asasi manusia mengutuk penahanan Turgay, 43, Ihsan, 39, dan Ismet 58, dengan menggesa Putrajaya tidak mengusir mereka kerana bimbang mereka akan diseksa atau perbicaraan tidak adil.

Susulan kegagalan rampasan kuasa oleh sekumpulan tentera pada tahun lalu, kerajaan Erdogan memperhebatkan tindakan keras ke atas penentangnya, termasuk menutup syarikat media massa dan memecat puluhan ribu penjawat awam.

Pihak berkuasa Turki sudah menyiasat kira-kira 150,000 individu dan menahan 49,000 orang.

Erdogan turut menambah tekanan ke atas diaspora Turki, terutamanya mereka yang dilihat menjadi penyokong Gulen, di mana gerakannya mengendalikan kira-kira 2,000 pertubuhan pendidikan di seluruh dunia.

Difahamkan, Malaysia antara beberapa negara, termasuk Arab Saudi yang mematuhi permintaan sedemikian.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan melayan sebarang rayuan tidak mengusir warga Turki yang dituduh terlibat aktiviti keganasan.

“Itu bukanlah tanggungjawab kita. Kita harus hantar dia (warga Turki) ke negara asal. Kenapa kita harus berikan bebanan kepada negara lain?” kata Zahid.

Ini menjadikan 5 warga Turki yang dikehendaki Ankara sudah diusir dari Malaysia. Pada Oktober 2016, 2 warga Turki sudah dihantar pulang ke negara itu.

“Dua orang yang anda serahkan tahun lepas sudah diseksa di Turki. Nasib sama menanti 3 orang ini. Malaysia ialah sebuah negara gadaian #Erdogan,” tulis pengguna Twitter, Abdullah Bozkurt hari ini, merujuk Alettin Duman dan Tamer Tibik yang masih ditahan tanpa dibicarakan di penjara Turki.



Demikianlah Artikel Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid

Sekianlah artikel Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anda patut malu, warga Turki kecam Khalid dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/anda-patut-malu-warga-turki-kecam-khalid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :