Judul : Anwar mahu Azmin terus bincang nasib exco PAS
link : Anwar mahu Azmin terus bincang nasib exco PAS
Anwar mahu Azmin terus bincang nasib exco PAS
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor Azmin Ali, untuk meneruskan perbincangan sebelum membuat keputusan muktamad mengenai nasib tiga exco PAS yang masih bersama kerajaan negeri.
Beliau berkata adalah penting bagi Azmin untuk membincangkan perkara itu walaupun PAS membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi atau hubungan politik dengan PKR.
"Kita perlu berbincang dan saya telah meminta Azmin untuk meneliti perkara itu.
“Saya rasa perbincangan sedang diadakan petang ini," katanya kepada pemberita di mahkamah.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor.
Semalam, dilaporkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah memutuskan bahawa tiga exco berkenaan kekal dalam kedudukan mereka.
Jawatankuasa itu juga memutuskan akan mengadakan pertemuan dengan Azmin berhubung isu-isu berkaitan Selangor.
Awal minggu ini, Biro Politik PKR mengarahkan ahli-ahli parti yang memegang jawatan dalam kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk meletakkan jawatan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian berkata keputusan muktamad mengenai exco PAS di Selangor akan dibuat apabila Azmin pulang dari lawatan kerja ke Brussels.
Menteri besar Selangor itu dijadualkan pulang hari.
Sementara itu, Anwar menghadiri perbicaraan saman terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Peguam Khairy Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan perbicaraan hari ini kerana masih dalam cuti sakit.
Anwar diwakili peguam, Sivarasa Rasiah dan J Leela.
Walaupun prosiding saman fitnah itu telah berakhir, Khairy memohon untuk meminda pernyataan pembelaannya bagi memasukkan ulasan pembelaan yang adil, yang tidak dibuat lebih awal.
Berikutan itu, Hakim Azizul Azmi Adnan menetapkan 2 Jun untuk mendengar hujah berhubung perkara itu.
Bulan lepas, Azizul mengarahkan Khairy membayar kos RM3,000 selepas peguamnya gagal mematuhi arahan mahkamah untuk memfailkan penghujahan bertulis bagi memasukkan pembelaan tambahan "ulasan yang adil".
Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta berikutan ungkapan "main belakang" oleh ketua pemuda Umno itu dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008, yang diterbitkan oleh Malaysiakini.
Ketua pembangkang itu berhujah bahawa frasa itu bertujuan, antara lain, bahawa beliau adalah seorang homoseksual dan pengkhianat.
Demikianlah Artikel Anwar mahu Azmin terus bincang nasib exco PAS
Sekianlah artikel Anwar mahu Azmin terus bincang nasib exco PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar mahu Azmin terus bincang nasib exco PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/anwar-mahu-azmin-terus-bincang-nasib.html