Judul : Azmin Pulang Sebagai Wira
link : Azmin Pulang Sebagai Wira
Azmin Pulang Sebagai Wira
Suara KebenaranDikatakan lebih 300,000 rakyat Selangor menyambut kepulangan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dari lawatan di luar negeri sebentar tadi. Sambutan yang luar biasa ini sebagai tanda solidariti rakyat Selangor yang berdiri teguh di belakang Menteri Besar mereka.
Sambutan yang sangat hangat ini seterus mematikan terus cakap-cakap kononnya Azmin akan digulingkan dan seorang Menteri Besar dari BN atau PAS akan mengambil alih jawatan tersebut.
Spekulasi ini timbul, lanjutan dari keputusan Muktamar PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR – termasuk di Selangor. Keputusan itu bagaimanapun menanti pengesahan dari majlis syura ulama yang akan bermesyuarat dalam masa 2 minggu.
Nampaknya PAS dan BN boleh berputih mata kerana rakyat Selangor memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Azmin seperti yang boleh dilihat dari sambutan luar biasa menyambut kepulangan beliau dari luar negara sebentar tadi.
Demikianlah Artikel Azmin Pulang Sebagai Wira
Sekianlah artikel Azmin Pulang Sebagai Wira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Pulang Sebagai Wira dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/azmin-pulang-sebagai-wira.html