Judul : Azmin tiada rancangan jumpa Hadi dalam masa terdekat
link : Azmin tiada rancangan jumpa Hadi dalam masa terdekat
Azmin tiada rancangan jumpa Hadi dalam masa terdekat
Timbalan presiden PKR itu berkata, ia bertujuan memberi masa kepada Hadi Awang berehat sebelum beliau menjalani pembedahan pada minggu depan.
RAWANG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan menemui Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan hubungan PKR dan PAS dalam masa terdekat untuk memberi masa presiden parti Islam itu berehat sebelum menjalani pembedahan pada minggu depan.
“Beliau akan menjalani pembedahan pada awal bulan depan,” katanya selepas menghadiri perasmian Masjid Perodua oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Selasa lalu, menteri besar Selangor itu dilaporkan berkata, beliau sedia menemui Hadi atau mana-mana kepimpinan parti Islam itu untuk membincangkan “masalah” mereka dengan PKR di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Kita mesti merendahkan hati untuk duduk dan berbincang. Walaupun ada perbezaan, tetapi saya fikir masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus,” kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR.
Semalam, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan menamatkan hubungan dengan PKR serta-merta “kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam”.
“Antara pelanggaran tersebut ialah tidak menyokong, malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355,” kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh Zawawi, merujuk rang undang-undang persendirian dibawakan Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
“PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.”
Demikianlah Artikel Azmin tiada rancangan jumpa Hadi dalam masa terdekat
Sekianlah artikel Azmin tiada rancangan jumpa Hadi dalam masa terdekat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin tiada rancangan jumpa Hadi dalam masa terdekat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/azmin-tiada-rancangan-jumpa-hadi-dalam.html