Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan

Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan
link : Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan

Baca juga


Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan

Caspian


Mukhriz Mahathir



Di sebalik sokongan penuh kepimpinan dan perwakilan PKR terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketujuh bagi PRU14, situasi berbeza pula bagi pemimpin Bersatu.

Gelagat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila tidak turut serta mengangkat plakad ‘Anwar PM ke-7’.

Mahathir dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam perwakilan yang mengangkat plakad, manakala Muhyiddin sekadar bertepuk tangan.

Mukhriz ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden berkata, nama calon perdana menteri ke tujuh akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan Harapan pada sesi akan datang.

“Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.

“Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumumkan sebelum PRU,” katanya di Kongres Nasional PKR, di sini semalam.

Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin dan Mahathir, beliau berkata, kemungkinan kedua-dua tokoh berkenaan sibuk mengambil gambar.

“Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk. Tempat saya duduk juga tidak disediakan plakad berkenaan,” katanya.

Sementara itu Mahathir ketika ditemui mengakui menyokong pembebasan Anwar yang kini dikenakan hukuman penjara.

“Bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjara, itu cerita lama,” katanya.



Demikianlah Artikel Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bawa Nama Calon PM Ke Mesyuarat Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/bawa-nama-calon-pm-ke-mesyuarat-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :