BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’

BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’
link : BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’

Baca juga


BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’

Alyaa Azhar 


Ketua Biro Strategi dan Dasar, Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, mengakui parti itu bimbang dengan gejala ‘musuh dalam selimut’ atau ‘musang berbulu ayam’ di kalangan anggotanya.

Bagaimanapun, Rais percaya kejadian seumpama itu bukan hanya unik dalam BERSATU, merujuk kepada ahli-ahli PAS yang semakin "mesra" dengan Umno sejak kebelakangan ini.

"Ia adalah satu fenomena biasa dalam mana-mana parti politik. Ia bukan sesuatu yang terjadi di PPBM sahaja," katanya merujuk kepada akronim parti berkenaan.

Beliau berkata terdapat kes-kes, di mana mereka yang menganggotai parti politik tertentu, tetapi pada masa yang sama, mewakili kepentingan orang lain, semata-mata bertujuan untuk mensabotaj parti sendiri.

Golongan ini, kata Rais adalah "tentera upahan politik" yang sanggup melompat dari satu parti kepada parti lain untuk mencari ‘makan’.

"Mereka sama ada sabotaj atau kadang-kadang membuat provokasi dan menghasut.

"PPBM meraikan kepelbagaian pendapat. Apa yang kita tidak boleh bertolak ansur adalah mereka yang mahu mensabotaj dan ibarat ‘musang berbulu ayam’.

“Kita akan melawan dan memerangi orang seperti ini."

Pengkhianatan tahap tertinggi

Menurut Rais, BERSATU cukup berhati-hati dengan gejala seumpama itu dalam usaha cuba mengawalnya.

"Kita juga tahu bahawa sebaik sahaja sebelum pilihan raya umum, akan ada sidang akhbar oleh orang tertentu yang mendakwa mereka meletakkan jawatan.

"Mereka akan mula membakar kemeja-T BERSATU, borang dan menggunting kad keahlian mereka.”

Beliau mengingatkan ‘musang berbulu ayam’ itu bahawa BERSATU ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat dan untuk membebaskan negara ini daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

"Jika kamu tidak sesuai bersama parti ini, seperti kata (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir (Mohamad) berkata, sila beredar.

"Tentera upahan dan musang berbulu ayam ini ingin mensabotaj parti, harus ingat bahawa ini adalah pengkhianatan tahap tertinggi.

“Pengkhianatan adalah kesalahan yang sangat besar dalam Islam," katanya, sambil mengingatkan individu itu untuk menyara hidup dengan cara yang halal.

Peringatan Rais itu dikeluarkan susulan gesaan BERSATU Perak pada Sabtu lalu supaya presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatannya.

Ketua Pendaftar BERSATU Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dipetik akhbar New Straits Times membuat desakan itu apabila sebahagian besar daripada 24 bahagian parti berkenaan di Perak mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan parti yang berlaku di peringkat kebangsaan dan negeri.



Demikianlah Artikel BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’

Sekianlah artikel BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSATU waspada dengan ‘musuh dalam selimut’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/bersatu-waspada-dengan-musuh-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :