Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran

Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran
link : Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran

Baca juga


Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Aktiviti perdagangan antara Sabah dan Pulau Mindanao digantung sementara susulan pertempuran maut antara tentera Filipina dan puak radikal Islam di selatan Filipina sejak minggu lalu.
 
Daily Express yang berpangkalan di Sabah hari ini melaporkan penghantaran komersial di rantau itu ditangguhkan juga disebabkan pelaksanaan undang-undang tentera di Mindanao seperti diumumkan Presidennya, Rodrigo Duterte pada Selasa lalu.
 
Menurut laporan itu, peniaga Sabah yang mempunyai transaksi perniagaan dengan rakan mereka di Zamboanga City di barat Mindanao dan kawasan berdekatan lain, mengambil sikap “tunggu dan lihat” berdasarkan keselamatan di sana.
 
Daily Express memetik Pengerusi Kluster Pengangkutan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Nordin Ening berkata, ia terlalu berisiko untuk peniaga Sabah terus beroperasi di sana ketika ini.
 
Penghantaran untuk pasaran Mindanao yang terjejas termasuk produk utama seperti beras, gula dan tepung.
 
Nordin berkata, pertempuran berdarah di bandar Marawi di Mindanao yang melaksanakan undang-undang tentera itu, membawa kesan negatif ketara kepada sektor perniagaan di kawasan terjejas.
 
Beliau berkata, ia turut menjejaskan peniaga di Sabah yang dilanda kesan “domino” daripada krisis di Mindanao.
 
“Saya menasihatkan ahli kami dalam komuniti BIMP-EAGA di sini supaya lebih berhati-hati sehingga keadaan di Mindanao bertambah baik,” katanya.
 
Pertempuran di Marawi dilaporkan meragut sekurang-kurangnya 44 nyawa, termasuk 2 rakyat Malaysia dan menyebabkan puluhan ribu penduduk melarikan diri dari bandar itu.
 
Tentera Filipina menyerbu Marawi untuk memburu kumpulan Maute yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS yang bersembunyi di bandar itu.
 
Maute ialah kumpulan radikal baru terdiri daripada bekas gerila Barisan Pembebasan Moro Islam dan beberapa pejuang asing.
 
 


Demikianlah Artikel Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran

Sekianlah artikel Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dagangan Sabah, Mindanao digantung akibat pertempuran dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/dagangan-sabah-mindanao-digantung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :