Judul : Datuk Mustafa Ali digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS
link : Datuk Mustafa Ali digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS
Datuk Mustafa Ali digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Datuk Mustafa Ali digugurkan daripada jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS namun dilantik sebagai Penasihat kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatan Mustafa itu digantikan dengan Setiausaha Politik kepada Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Beliau (Mustafa) akan menasihatkan parti apabila diperlukan selain berperanan sebagai penasihat kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Menurut Takiyuddin, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan sejak 1 Mei hingga hari ini itu turut sebulat suara melantik Razman Zakaria sebagai bendahari parti menggantikan Mohamad Noor Mohamad.
Katanya, seramai tiga Pesuruhjaya Pas negeri juga ditukar iaitu Terengganu, Selangor dan Johor.
“Datuk Husin Awang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu menggantikan Saiful Bahri Mamat, Sallehen Mukhyi menggantikan Datuk Iskandar Abdul Samad di Selangor dan Abdullah Hussin pula menggantikan Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sebagai Pesuruhjaya PAS Johor,” katanya.
Dalam masa sama, Takiyuddin turut memberitahu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menguruskan hal ehwal parti di luar negara termasuk menjaga kebajikan ahli-ahli.
Manakala tiga Naib Presiden PAS iaitu Idris Ahmad, Iskandar dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula, Takiyuddin berkata, mereka bertanggungjawab menjaga beberapa negeri yang dibahagikan kepada tiga zon.
Katanya, Idris akan menjaga Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala Iskandar di Zon Selatan (Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka) seterusnya Zon Timur (Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak) pula di bawah tanggungjawab Mohd. Amar.
Demikianlah Artikel Datuk Mustafa Ali digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS
Sekianlah artikel Datuk Mustafa Ali digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Datuk Mustafa Ali digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/datuk-mustafa-ali-digugurkan-sebagai.html