Judul : Dialog TN50: Sekarang sudah OK, kata Najib
link : Dialog TN50: Sekarang sudah OK, kata Najib
Dialog TN50: Sekarang sudah OK, kata Najib
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata insiden kekecohan kecil yang berlaku di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi sudah selesai.
"Berlaku sedikit kekecohan dalam perbincangan semalam! Perbincangan hangat, tetapi sekarang semua dalam keadaan baik. Semua akan didengar untuk @myTN50," beliau menulis di Twitter, tengah hari ini.
Dialog TN50 Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni malam tadi kecoh seketika apabila pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over, menampar pengarah David Teo di depan perdana menteri.
Insiden bermula apabila Teo mempertikaikan cara moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan.
Rosyam meminta Teo mengawal suara dan tingkah laku ketika diberikan peluang untuk melontarkan pandangan.
Pada waktu yang sama juga Datuk Seri Najib Razak berada di atas pentas untuk mendengar pandangan yang ingin disuarakan pengarah berkenaan.
Bagaimanapun belum sempat Teo memberi pandangan dan menghabiskan pantun, Mat Over meluru ke arah pentas utama dan secara tiba-tiba menampar Teo, kerana bersikap 'kurang ajar' di hadapan Najib.
Ia segera disuraikan oleh pasukan keselamatan yang membawa kedua-dua artis berkenaan ke luar pentas.
Insiden itu menjadi viral di media sosial.
Demikianlah Artikel Dialog TN50: Sekarang sudah OK, kata Najib
Sekianlah artikel Dialog TN50: Sekarang sudah OK, kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dialog TN50: Sekarang sudah OK, kata Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/dialog-tn50-sekarang-sudah-ok-kata-najib.html