Judul : Hindraf: Kita tolak ugutan jenayah terhadap mufti Perlis
link : Hindraf: Kita tolak ugutan jenayah terhadap mufti Perlis
Hindraf: Kita tolak ugutan jenayah terhadap mufti Perlis
P Waythamoorthy menggesa penganut Hindu supaya bersabar dan menahan diri daripada memuatnaik sebarang catatan yang tidak wajar.
PETALING JAYA: Berisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menjarakkan diri mereka daripada individu yang ditangkap polis kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook.
Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy berkata Hindraf menolak tindakan jenayah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap mufti Perlis.
“Seorang lelaki tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah tetapi kalau orang itu sudah melakukan apa yang polis katakan itu, maka itu perbuatan yang salah,” katanya kepada FMT.
“Saya menolak sebarang hutang darah dibayar darah. Hanya kerana mufti Perlis mengatakan sesuatu yang buruk, tidak bermakna orang lain perlu membalasnya dengan perkataan yang buruk.”
Walaupun laporan Bernama tidak menyatakan bangsa atau agama individu itu, Waythamoorthy menggesa semua penganut Hindu supaya bersabar.
“Saya menggesa semua penganut Hindu supaya bertenang dan menahan diri daripada memuatnaik sebarang catatan yang tidak wajar sementara polis menangani isu ini.
“Kedua-dua isu Zakir Naik dan mufti Perlis menyebabkan perasaan keresahan dan sakit hati dalam kalangan penganut semua agama di Malaysia tetapi kita (Hindraf) mengendalikan isu ini secara profesional.”
Hindraf merupakan gerakan yang lantang mengkritik Zakir dan Asri.
Demikianlah Artikel Hindraf: Kita tolak ugutan jenayah terhadap mufti Perlis
Sekianlah artikel Hindraf: Kita tolak ugutan jenayah terhadap mufti Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hindraf: Kita tolak ugutan jenayah terhadap mufti Perlis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/hindraf-kita-tolak-ugutan-jenayah.html