Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz

Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz
link : Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz

Baca juga


Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz




Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata selepas Muktamar PAS meluluskan usul putus hubungan dengan PKR bermakna hubungan politik antara kedua parti itu sudah terbatal kerana kuasa Muktamar PAS lebih lebih daripada Majlis Syura Ulama.


Mahfuz berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak mempunyai pilihan lain kecuali akur dengan keputusan yang dimuktamadkan oleh Muktamar PAS dan perlu membuat keputusan pada masa yang difikirkan sesuai.

“Dulupun usul berkenaan (putus hubungan dengan) DAP, walaupun diterima tanpa bahas, usul itu juga dipulangkan kepada Majlis Syura.

“Jadi Majlis Syura hanya nak ambil pendekatan selepas ini, bila (masa yang perlu diumumkan keputusan putus hubungan itu). Itu sahaja, iaitu bila dan bagaimana cara.

“Dia (Majlis Syura) tidak boleh (kata) tidak. Mesti putus. Sebab ini keputusan Muktamar. Muktamar lebih tinggi daripada Majlis Syura,”katanya.

Hari ini, Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut telah sebulat suara menerima usul putus hubungan politik dengan PKR.

Usul tersebut dibentang oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail yang mewakili 23 PAS kawasan dan Dewan Ulamak PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Usul itu kemudian disokong perwakilan Pemuda Pasir Mas, Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Selepas itu, Pengerusi Tetap parti Hussein Ismail bertanyakan sama ada perwakilan Muktamar bersetuju atau tidak sebanyak tiga kali. Semua perwakilan Muktamar telah berdiri sambil menjawab ‘bersetuju’ sebanyak tiga kali.

LIHAT VIDEO DI SINI

LAGI VIDEO DI SINI

 

 


Demikianlah Artikel Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz

Sekianlah artikel Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hubungan Politik PAS & PKR Sudah Putus & Muktamad, Dakwa Mahfuz dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/hubungan-politik-pas-pkr-sudah-putus.html

Subscribe to receive free email updates: