Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor

Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor
link : Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor

Baca juga


Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor




Oleh Alyaa Azhar  

 


Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad digugurkan daripada jawatannya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, namun, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata sebaliknya.

Takiyuddin mengatakan Iskandar 'dinaikkan pangkat'.

"Beliau dikekalkan sebagai naib presiden dan oleh itu, 'dinaikkan pangkat'," kata Takiyuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan sama ada Iskandar telah digantikan sebagai pesuruhjaya negeri itu ekoran situasi semasa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Diminta untuk mewajarkan langkah itu, Takiyuddin berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta agar Iskandar memberi perhatian yang lebih kepada negeri ini.

"Ketiga-tiga naib presiden telah diberi tanggungjawab untuk menjaga negeri-negeri tertentu."

Takiyuddin berkata, Iskandar akan bertanggungjawab ke atas zon 'tengah dan selatan' - Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Naib Presiden yang lain iaitu Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan masing-masing mengawal selia zon utara dan pantai timur.

"Idris akan menjaga Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang manakala Mohd Amar akan menjaga Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula ditugaskan untuk mentadbir hubungan luar parti.

"Selangor bukan satu-satunya negeri yang pesuruhjayanya digantikan. Kami menggantikan pesuruhjaya Terengganu dan Johor juga," jelas Takiyuddin.-Mkini



Demikianlah Artikel Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor

Sekianlah artikel Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/iskandar-digugurkan-dari-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates: