Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan

Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan
link : Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan

Baca juga


Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Calon bagi jawatan Naib Presiden PAS, Nasrudin Hassan tidak menganggap pesaingnya, Datuk Iskandar Abd Samad berada dalam keadaan sukar untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya, dua tahun.
 
Nasrudin juga tidak bersetuju bahawa beliau berpeluang cerah mengisi tempat Iskandar yang dikatakan berdepan cabaran kerana kedudukan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri yang kini berhadapan dengan dilema kerjasama politik dengan PKR dan juga DAP.
 
"Tak juga sebab sekarang ini perwakilan sudah ada maklumat dan mereka berada dalam dunia teknologi maklumat," katanya kepada Antarapos.
 
Jawatan naib presiden PAS menyaksikan berlakunya pertandingan empat penjuru bagi merebut jawatan itu pada pemilihan parti sempena Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah di sini.
 
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh merupakan satu-satunya pencabar kepada penyandang jawatan itu, Idris Ahmad (Ahli Parlimen Bukit Gantang), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan ) serta Iskandar.
 
Banyak faktor pengaruhi keputusan bertanding
 
Ditanya mengenai keputusan untuk bertanding, Nasrudin berkata ia sebagai menghormati pencalonan diberikan akar umbi.
 
"Yang pertama sebagai nak berlumba-lumba membuat kebaikan dan berlumba-lumba nak berkhidmat dengan parti.
 
"Oleh kerana ada pencalonan saya menghormati pencalonan daripada perwakilan, jadi saya terima," katanya.
 
Ujar beliau lagi, keputusan tidak bertanding jawatan naib presiden dalam dua sesi pemilihan sebelum ini turut mendorong bertanding pada pemilihan kali ini.
 
"Yang kedua untuk menghidupkan suasana demokrasi pemilihan dalam parti, jadi perwakilan ada peluang untuk memilih.
 
"Kemudian yang ketiga kebetulan saya ini kali ketiga dah, selepas saya ketua pemuda pada 2013 saya dapat pencalonan tapi saya tarik diri. Kemudian pada 2015 pun saya dapat tapi saya tarik diri, ini kali ketiga.
 
"Kawan-kawan kata tak perlu tarik diri dan terima sahaja, jadi saya menghormati pandangan kawan-kawan dan terima," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan

Sekianlah artikel Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Iskandar Samad bukan calang-calang pesaing - Nasrudin Hassan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/iskandar-samad-bukan-calang-calang.html

Subscribe to receive free email updates: