Judul : Jadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ bukti kelemahan PKR, kata menteri besarnya
link : Jadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ bukti kelemahan PKR, kata menteri besarnya
Jadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ bukti kelemahan PKR, kata menteri besarnya
Zambry berkata BN negeri tidak gentar malah sudah biasa dengan kenyataan seumpama itu kerana pembangkang sejak dulu mahu mengambil alih Perak
IPOH: Hasrat Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ jelas menunjukkan betapa lemahnya PKR di negeri ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berkata BN negeri tidak gentar malah sudah biasa dengan kenyataan seumpama itu kerana pembangkang sejak dahulu lagi berebut mengambil alih Perak tetapi keadaan menentukan sebaliknya.
“Saya tidak mahu bercakap besar, biar mereka tunjukkan ‘kuku’ atau susun perancangan untuk mengambil Perak,” katanya pada sidang media hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini di mana PKR berhasrat menjadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ bagi mengambil alih negeri itu daripada BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Zambry berkata apa yang penting, BN Perak akan terus bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan biar rakyat menilainya.
Terdahulu, menteri besar itu menyampaikan surat tawaran lot kediaman Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bemban Rakyat kepada penduduk setinggan Buntong di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Demikianlah Artikel Jadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ bukti kelemahan PKR, kata menteri besarnya
Sekianlah artikel Jadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ bukti kelemahan PKR, kata menteri besarnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ bukti kelemahan PKR, kata menteri besarnya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/jadikan-perak-sebagai-anak-angkat-bukti.html