JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan

JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan
link : JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan

Baca juga


JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempergiat rondaan dan operasi pencegahan sepanjang Ramadan bagi memastikan masyarakat Islam menghormati bulan puasa itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata bagi tujuan itu, pegawai penguat kuasa ditempatkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Pada hari pertama Ramadan semalam, tiga tangkapan dibuat sewaktu rondaan di kawasan Sungai Besi (di Kuala Lumpur) atas kesalahan makan di siang hari di tempat awam tanpa menghormati bulan Ramadan.

"Jika orang Islam tidak boleh berpuasa atas sebab tertentu seperti sakit atau uzur, ini tidak bermaksud mereka boleh makan di khalayak ramai di bulan Ramadan. Itu yang menjadi kesalahan kerana tidak menghormati bulan Ramadan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mereka yang didapati bersalah tidak menghormati Ramadan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Wan Jaafar berkata Jawi turut mengeluarkan poster kesedaran kepada masyarakat mengenai ibadah puasa serta maklumat berkaitan tindakan yang boleh diambil jika melanggar peraturan.-Bernama




Demikianlah Artikel JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan

Sekianlah artikel JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAWI pergiat operasi sepanjang Ramadan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/jawi-pergiat-operasi-sepanjang-ramadan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :