Judul : Kajian: Pakar Sahkan Najis Manusia Mengandungi Partikel Emas
link : Kajian: Pakar Sahkan Najis Manusia Mengandungi Partikel Emas
Kajian: Pakar Sahkan Najis Manusia Mengandungi Partikel Emas
Ini memang sesuatu yang mengejutkan! Baru-baru ini, sekumpulan saintis dari Amerika mengesahkan bahawa najis manusia mengandungi emas.Kajian juga mendedahkan tahap logam berharga dalam najis manusia adalah setanding dengan yang terdapat pada beberapa lombong komersial.
Dianggarkan jumlah logam berwarna kuning itu boleh mencapai harga sehingga jutaan dollar!
Seorang pakar geologi dari United States Geological Survey (USGS), Dr. Kathleen Smith, berkata najis manusia bukan sahaja mengandungi emas, malah beberapa logam berharga lain seperti perak dan platinum.
Antaranya, palladium dan vanadium, yang digunakan secara meluas dalam bidang elektronik dan pengeluaran aloi.
Hasil kajian USGS selama 8 tahun, pasukannya telah mengumpul sampel najis manusia, bermula dari perkampungan kecil sehinggalah ke bandar-bandar besar di Pergunungan Rocky.
Di loji pembentungan, larutan kimia leachate akan digunakan untuk mengasingkan emas daripada najis, terutama pada peringkat biosolid.
Uji kaji selama lapan tahun mendapati, bagi setip satu kilogram najis manusia mengandungi emas seberat 0.4 miligram (mg), perak 28mg, tembaga 638mg dan vanadium 49mg. Boleh jadi kaya macam ni!
Demikianlah Artikel Kajian: Pakar Sahkan Najis Manusia Mengandungi Partikel Emas
Sekianlah artikel Kajian: Pakar Sahkan Najis Manusia Mengandungi Partikel Emas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kajian: Pakar Sahkan Najis Manusia Mengandungi Partikel Emas dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/kajian-pakar-sahkan-najis-manusia.html