Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor

Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor
link : Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor

Baca juga


Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Prof Abdul Aziz Bari yang menyifatkan PAS 'mementingkan kedudukan' ekoran enggan melepaskan jawatan di Selangor, hanyalah pandangan peribadi dan bukannya mewakili DAP. 
 
Setiausaha Publisiti DAP Selangor Ng Suee Lim bagaimanapun berkata, apa yang penting adalah ikrar PAS yang mahu terus mendokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.  
 
"Saya tidak kisah dari DAP, dari Umno yang keluarkan kenyataan dari peguam lain pun. Daripada Bar Council, daripada hakim. Masing-masing ada pendapat. 
 
"Itu pandangan mereka. Kita tidak dapat menghalang mereka dari mengeluarkan pandangan. Kita perlu menghormati kebebasan bersuara.
 
"Kita nampak PAS pun terus mendukung agenda pembangunan yang dirangka oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar. Itu yang paling penting," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Terdahulu, Aziz dilaporkan sebagai berkata keengganan PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan dengan rakan gabungan menjelmakan peribadi sebenar mereka.
 
Keputusan itu menurut Aziz, hanya menunjukkan PAS pentingkan kedudukan, katanya dalam temubual yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi DAP malam tadi.
 
Aziz turut mengkritik parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu dengan berkata “hipokrasi” PAS hari ini ketara jika dibandingkan kepada pimpinan parti terdahulu, yang sedia melepaskan jawatan demi prinsip.
 
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan keputusan 'menceraikan' PKR kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama, dengan berada sepentas bersama seteru politik PAS, iaitu DAP dan Amanah, dan menyerang kepimpinan parti itu.
 
Ia sekaligus meletakkan kedudukan tiga exco PAS dan beratus wakil parti itu dalam kerajaan Selangor menjadi tanda tanya, tambahan selepas PKR turut mengarahkan kesemua lantikan politiknya dalam kerajaan negeri Kelantan untuk meletak jawatan. 
 
Bagaimanapun spekulasi mengenai kedudukan wakil PAS di Selangor terjawab selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai exco kerajaan negeri.
 
Tiga exco di Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
 
 


Demikianlah Artikel Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor

Sekianlah artikel Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Aziz Bari pendapat peribadi - DAP Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/kenyataan-aziz-bari-pendapat-peribadi.html

Subscribe to receive free email updates: