Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh

Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh
link : Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh

Baca juga


Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh

  Rosalwani Che Soh
 
Kononnya dapat untung juta-juta
Siti Zuraida menunjukkan kronologi bukti tuntutan yang dibuat terhadap syarikat terbabit selepas sidang media di sini, hari ini.
 
KOTA BHARU - Seorang surirumah merayu agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan segera bagi menuntut keadilan selepas mengalami kerugian RM175,000 ekoran ditipu sebuah syarikat pelaburan.

Mangsa, Siti Zuraida Awang, 36, berkata, melalui pelaburan itu syarikat berkenaan yang diperkenalkan tiga kenalan rapatnya, menjanjikan imbuhan RM3.5 juta yang turut diyakinkan dengan dokumen kejayaan dan pulangan yang telah dirasai oleh kenalannya.

Apabila melihat butiran syarikat yang ditunjukkan kenalannya itu dan pulangan yang diperolehi selain pengasasnya juga merupakan orang Melayu, Siti Zuraida mula percaya memandangkan syarikat itu juga didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Ekoran itu, saya turut mengeluarkan simpanan selain meminjam wang ibu dan ayah serta adik-beradik yang lain dan berjaya meyakinkan mereka bahawa skim pelaburan ini merupakan yang terbaik dan memberi pulangan modal yang banyak melalui jumlah modal yang dilaburkan," katanya.

Siti Zuraida berkata, dia dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM3.5 juta hasil daripada pelaburan tersebut.

Selain itu, mereka kata sebagai ahli, saya boleh mengeluarkan sebanyak 10 peratus iaitu kira-kira RM350, 000 daripada jumlah keseluruhan.

"Namun, janji hanya tinggal janji apabila saya tidak mendapat sebarang keuntungan. Malah akaun saya di dalam syarikat itu telah dibekukan, kira-kira 80 ahli lain juga dipercayai gagal mendapatkan pulangan mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bekas  penjawat awam itu juga berkata, syarikat tersebut mula membuat helah apabila memaklumkan untuk mendapatkan keuntungan tersebut mereka perlu mencari lebih ramai orang untuk melabur dengan pelaburan paling rendah RM4,500.

"Keadaan ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana untuk mendapatkan modal tersebut saya telah menggadaikan barangan kemas, selain lima beradik serta ibu bapa turut menyumbangkan wang pelaburan.

"Pihak syarikat kini hanya memulangkan wang kira-kira RM100,000 dan ini jauh lebih rendah daripada modal yang dikeluarkan saya. Melalui maklumat yang saya dapat kira-kira 80 ahli lain yang sama kumpulan dengan saya turut mengalami masalah sama," katanya.

Menyedari dirinya telah ditipu, dia telah membuat dua laporan polis berhubung perkara tersebut selepas berasa dirinya diperdaya oleh syarikat tersebut yang mempunyai ribuan ahli di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

"Saya amat berharap syarikat terbabit memulangkan wang pelaburan serta mengikuti perjanjian yang dijanjikan oleh mereka," katanya.



Demikianlah Artikel Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh

Sekianlah artikel Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kononnya dapat untung juta-juta Rosalwani Che Soh dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/kononnya-dapat-untung-juta-juta.html

Subscribe to receive free email updates: