Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan

Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan
link : Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan

Baca juga


Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
SHAH ALAM - Exco Pas tidak perlu menunggu keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meletak jawatan.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, keputusan Mohamed Azmin hanya diperlukan pada waktu menyenarai pendek nama mana-mana Adun bagi pelantikan exco kerajaan negeri untuk dipersembah kepada Sultan Selangor.

Menurutnya lagi, perkenan Sultan pula hanya diperlukan pada waktu perlantikan dan tidak ada keperluan bagi peletakan jawatan tersebut.

"Jika Pas mahu melepaskan jawatan exco Kerajaan Selangor, tidak perlu untuk Pas bersandar pada persetujuan atau arahan Mohamed Azmin dan amat tidak wajar untuk Pas sandarkan kepada Tuanku Sultan sama ada perkenan atau tidak.

"Apabila Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR atas alasan PKR telah menentang agenda Islam yang diperjuangkan Pas dan PKR menjadi 'duri dalam daging'  kepada Pas dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu, ia secara jelas membawa maksud Pas tidak lagi boleh bekerjasama dan berketuakan dengan mana-mana batang tubuh pimpinan dari PKR," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan mana-mana exco meletakkan jawatan.

Exco-exco Pas di Selangor akan kekal memegang jawatan mereka selagi mendapat perkenan Sultan Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sultan boleh arah exco letak jawatan]

Menurut Mahfuz lagi, sudah terang lagi bersuluh Pas menganggap Mohamed Azmin sebagai seorang pemimpin yang datang dari musuh parti politik.

"Mana mungkin Pas sanggup berketuakan Mohamed Azmin yang merangkap Timbalan Presiden PKR," ujarnya.

Ujarnya lagi, kekosongan akan berlaku apabila jawatan exco dilepaskan.

"Jika Mohamed Azmin merasakan keperluan mengisi jawatan tersebut baru lah nama-nama Adun diangkat oleh Menteri Besar kepada Sultan untuk mendapatkan perkenan.

"Jika Mohamed Azmin merasakan tidak perlu diisi dengan kekosongan yang ditinggalkan tiga orang exco dari Pas, namun Kerajaan Selangor masih boleh ditadbir dan bergerak dengan jumlah yang minimum," katanya lagi



Demikianlah Artikel Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan

Sekianlah artikel Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Letak sahaja jawatan, tak perlu perkenan Sultan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/letak-sahaja-jawatan-tak-perlu-perkenan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :