Judul : ‘Mahathir yang gagalkan rundingan BERSATU-PAS’
link : ‘Mahathir yang gagalkan rundingan BERSATU-PAS’
‘Mahathir yang gagalkan rundingan BERSATU-PAS’
PAS menafikan dakwaan Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff bahawa terdapat lima individu dalam parti itu yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan mereka untuk bersatu.
Sebaliknya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerjasama itu gagal disebabkan sikap pimpinan BERSATU sendiri terhadap parti itu dan kenyataan mereka berhubung agenda memperkasa Islam dalam pentadbiran, termasuk RUU355.
“Adalah tidak benar meletakkan kegagalan perundingan kepada anggota Jawatankuasa Perundingan.
“PAS menggantung perundingan disebabkan beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir (Mohamed) khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan PAS,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
Katanya, rundingan itu adalah mandat daripada Jawatankuasa PAS Pusat di mana beliau menjadi pengerusi manakala lima nama yang disebut oleh Rais Hussin adalah ahli jawatankuasanya.
Pagi tadi pemimpin BERSATU itu mendakwa wujud sekumpulan lima individu PAS yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan mereka.
Menganggap mereka sebagai "bekerja keras untuk Umno" Rais berkata mereka adalah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Pengarah Penyelidikan PAS, Ahmad Zuhdi Marzuki.
Bagaimanapun, Rais mengingatkan, apa yang dilakukan kelima-lima pemimpin PAS itu adalah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka.
Katanya, beliau yakin "sebahagian besar" akar umbi PAS tidak akan merelakan kerjasama PAS dan Umno berlaku.
Rais juga mendakwa lima nama yang disebutkannya itu memburuk-burukkan BERSATU namun pihaknya tetap meneruskan rundingan dengan PAS atas sikap memaafkan.
Katanya, ada harapan pada rundingan BERSATU - PAS dan ia disambut baik oleh beberapa pemimpin lain, termasuk Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali yang menghadirinya.
Mustafa adalah bekas setiausaha agung PAS dan pengarah pilihan raya parti itu sebelum tempatnya digantikan oleh Ahmad Samsuri yang juga adalah setiausaha politik Presiden PAS Datuk Seri abdul Hadi Awang, baru-baru ini.
Demikianlah Artikel ‘Mahathir yang gagalkan rundingan BERSATU-PAS’
Sekianlah artikel ‘Mahathir yang gagalkan rundingan BERSATU-PAS’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Mahathir yang gagalkan rundingan BERSATU-PAS’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/mahathir-yang-gagalkan-rundingan.html