Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua

Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua
link : Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua

Baca juga


Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata partinya, PAS tidak mungkin mahu berketuakan seorang musuh parti itu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada keengganan PAS untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Menter Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga adalah timbalan presiden PKR.

Ini susulan selepas PAS secara rasmi memutuskan tahaluf siayafi atau kerjasama politik dengan PKR.

“Ini secara tidak langsung jelas menampakan PAS telah isytihar Azmin Ali adalah Menteri Besar dari parti yang memusuhi PAS.

“Jadi apa lagi yang mewajarkan untuk PAS bekerja dan berketuakan musuh PAS?

“Tiada pilihan kepada PAS melainkan hanya melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri termasuk exco,” kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bahawa tidak ada keperluan untuk menunggu Azmin atau perkenan daripada Sultan Selangor bagi mereka meletak jawatan.

“Perkenan Sultan pula hanya diperlukan pada waktu pelantikan.

“Tidak ada keperluan pun untuk peletakan jawatan exco memerlukan perkenan Sultan,” katanya.

Sebagai contoh, kata Mahfuz, apabila bekas ahli exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi berdepan pertuduhan rasuah dan meletak jawatan bulan lalu, keputusan berkenaan tidak memerlukan perkenan sultan.

Mahfuz berkata, kerajaan Selangor masih boleh berfungsi walaupun tanpa tiga exco PAS itu kerana ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat anggota exco untuk berfungsi.

Selain Azmin sebagai menteri besar, kerajaan negeri ketika ini dianggotai oleh empat exco PKR dan tiga masing-masing daripada DAP dan PAS.



Demikianlah Artikel Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua

Sekianlah artikel Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz: Tidak mungkin PAS mahu musuh sebagai ketua dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/mahfuz-tidak-mungkin-pas-mahu-musuh.html

Subscribe to receive free email updates: