Judul : Mana janji turunkan harga kereta, soal Khairuddin
link : Mana janji turunkan harga kereta, soal Khairuddin
Mana janji turunkan harga kereta, soal Khairuddin
FREE MALAYSIA TODAYMenyifatkan sistem GST sebagai bertentangan dengan syariah, pemimpin PAS itu sistem cukai itu punca utama harga kereta tidak turun.
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khairuddin Aman Razali mempersoalkan janji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu yang mahu menurunkan harga kereta sehingga 30%, dengan berkata ia gagal disebabkan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Nampaknya ia tidak akan berjaya. Bagi tempoh 2013-2015, harga kereta turun sebanyak 14.68%. Namun ia meningkat semula sebanyak 2.13% pada 2016.
“Hal ini amat jelas berlaku akibat pelaksanaan GST,” kata ahli Parlimen Kuala Nerus itu dalam satu kenyataan.
Dalam jawapan parlimen 7 April 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan komited untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebanyak 20-30%.
Soal penurunan harga kereta adalah isu popular dan turut dimuatkan dalam manifesto pembangkang yang ketika itu bergabung di bawah Pakatan Rakyat.
Mac lalu, Khairuddin berkata penurunan harga kereta dapat mengurangkan kes muflis di kalangan rakyat negara ini.
Khairuddin juga menggesa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengadakan persidangan bagi membetulkan fatwa sebelum ini yang memutuskan hukum GST adalah “harus”, pada muzakarah 2015.
“Dua mufti telah mula bercakap tentang GST yang tidak patuh syariah ini. Sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kembali bersidang,” katanya.
Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebelum ini dilaporkan berkata GST menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan rakyat, manakala Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada ia “tanda simpati dan kasih pemerintah kepada rakyat atau sebaliknya”.
“Saya mendesak kerajaan segera melakukan inisiatif bagi memansuhkan sistem yang sangat membebankan rakyat ini,” kata Khairuddin.
Demikianlah Artikel Mana janji turunkan harga kereta, soal Khairuddin
Sekianlah artikel Mana janji turunkan harga kereta, soal Khairuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mana janji turunkan harga kereta, soal Khairuddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/mana-janji-turunkan-harga-kereta-soal.html