MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi

MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi
link : MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi

Baca juga


MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi

MALAYSIAKINI


Laporan Economic Review | 2016 Labour Market keluaran MIDF Research mendedahkan tahap pengangguran di kalangan anak muda negara ini terus tinggi sejak 2012.

Anak muda tempatan yang dirujuk dalam laporan tersebut berusia 35 tahun dan ke bawah.

"Kadar pengangguran anak muda mencecah 10.5 peratus dengan jumlah belia menganggur membabitkan 273,400 individu yang berumur di bawah 25 tahun dan merangkumi 17.8 peratus daripada jumlah tenaga buruh Malaysia pada 2016," menurut laporan tersebut.

Pengangguran anak muda antara umur 25 hingga 34 tahun pula meningkat daripada 2.6 peratus pada tahun 2015 kepada 3.2 peratus pada tahun lepas, jelasnya.

Bagi peringkat negeri pula, Kelantan merupakan negeri yang mempunyai paling ramai anak muda yang menganggur bersama-sama Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Perlis dan Sarawak yang mencatatkan peratusan dua angka.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin berkata, tahap pengangguran anak muda itu di tahap membimbangkan.

"Kami percaya keadaan ini adalah akibat daripada masalah kemelesetan ekonomi global dan kegagalan kerajaan Barisan Nasional dan perdana menteri memberikan keyakinan kepada pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.

"Masalah ini juga akibat krisis keyakinan yang dihadapi pemerintah hari ini yang terpalit dengan skandal 1MDB. Kegagalan untuk menarik masuk pelaburan asing ini mengakibatkan banyak peluang pekerjaan baru tidak dapat diwujudkan," katanya dalam kenyataan.

Lebih malang lagi, ujar Afif, apabila BN lebih berminat untuk membawa pekerja asing ke dalam negara dan membenarkan syarikat asing terutamanya dari China membawa masuk pekerja dari negara asal mereka.

Justeru, tambah Afif, AMK menggesa kerajaan untuk segera melakukan beberapa langkah drastik dan memperkenalkan beberapa polisi yang baru.

"Antaranya ialah menghentikan segera sebarang pengambilan pekerja asing dan syaratkan setiap syarikat mahupun agensi kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan.

"Kedua, menggalakkan keusahawanan di kalangan anak muda dan memudahcara skim kewangan seperti mikrokredit yang telah dilakukan kerajaan Pulau Pinang," jelas beliau.

Kerajaan juga boleh memberikan insentif cukai kepada syarikat dan perusahaan yang dimiliki anak muda untuk menggalakkan pengembangan perniagaan mereka, katanya.

Pada masa yang sama, kerajaan harus membantu mobiliti usahawan muda di seluruh negara untuk memasarkan produk ke peringkat global, ujarnya.

Di samping itu, satu medium yang tersusun untuk panduan kerjaya dan bantuan carian pekerjaan adalah penting untuk diwujudkan, tambahnya.




Demikianlah Artikel MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi

Sekianlah artikel MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MIDF: Pengangguran anak muda M'sia kekal tinggi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/midf-pengangguran-anak-muda-msia-kekal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :