Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM

Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM
link : Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM

Baca juga


Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM

ANTARAPOS.COM
Post Pic


PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan parti itu tiada arah tuju, sebaliknya mendakwa pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercelaru.

 Muhyiddin berkata, kecelaruan Abdul Hadi itu mungkin menjadi punca beliau menuduh PPBM sebagai parti tanpa arah tuju dan tidak diketahui status kepemimpinannya.

Katanya, dakwaan Abdul Hadi tidak tepat kerana PPBM memiliki dasar dan hala tuju yang jelas dan sudah memaklumkannya sehingga ke peringkat akar umbi di seluruh negara.

Katanya, mungkin Presiden PAS tidak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam PPBM sejak ditubuhkan.

 "Mungkin Presiden PAS tidak mengikutilah (perkembangan PPBM), agaknya dia fikir parti kita baharu, mungkin sebab itu ada tanggapan yang tidak betul.

"Tak ada (kecelaruan), mungkin pemikiran dia bercelaru agaknya," katanya pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad; Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

Pada Muktamar PAS ke-63 yang sedang berlangsung, Abdul Hadi semalam berkata PAS tidak akan sesekali bekerjasama dengan PPBM kerana mendakwa parti serpihan Umno itu tidak ada arah tuju dan tidak diketahui status kepemimpinannya.

Terdahulu, Wan Azizah berkata semua parti dalam Pakatan Harapan bersetuju secara konsensus untuk bertanding menggunakan satu logo dan manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, parti itu akan menyerahkan permohonan rasmi gabungan Pakatan Harapan itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam tempoh dua minggu.

Ketika ditanya mengenai struktur pimpinan Pakatan Harapan dan siapa yang akan memimpinnya, Wan Azizah berkata: "Sudah ditetapkan, namun akan diumumkan kemudian. Tunggu dan lihat."



Demikianlah Artikel Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM

Sekianlah artikel Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin kata Hadi yang celaru, bukan PPBM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/muhyiddin-kata-hadi-yang-celaru-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: