Judul : Nasib Annuar sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini
link : Nasib Annuar sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini
Nasib Annuar sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini
BERNAMAKedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara akan diketahui selepas hasil dapatan mesyuarat audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkaitan pergantungan tugasnya dibentangkan Jun ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau untuk tindakan selanjutnya.
Ismail Sabri berkata mesyuarat tersebut yang diadakan pada 18 Mei lalu telah membincangkan status pergantungan Annuar yang bermula sejak 1 Jan lalu, susulan isu penajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd ke atas pasukan bola sepak Kelantan.
"Ketika mesyuarat diadakan, saya mempunyai tugasan di luar negara dan saya difahamkan hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan kepada saya dan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya (berkaitan pergantungan Annuar)," katanya ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa kementeriannya hari ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Annuar masih lagi menjawat jawatan Pengerusi Mara dan diberi cuti daripada menggalas tugas tersebut sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.
Demikianlah Artikel Nasib Annuar sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini
Sekianlah artikel Nasib Annuar sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nasib Annuar sebagai Pengerusi Mara ditentukan Jun ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/nasib-annuar-sebagai-pengerusi-mara.html