Judul : Noh Omar dakwa Azmin Ali takut kepada PAS
link : Noh Omar dakwa Azmin Ali takut kepada PAS
Noh Omar dakwa Azmin Ali takut kepada PAS
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Keputusan Datuk Seri Azmin Ali mahu mengekalkan tiga Exco PAS dalam pentadbirannya membayangkan Menteri Besar Selangor itu 'takut' kehilangan sokongan parti itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar kemudiannya berkata, Azmin sedar beliau dan PKR selama ini didokong kuat oleh parti PAS.
"Azmin jika berpolitik pun lebih takut dengan PAS dan tidak hormat DAP dan Amanah. PAS sudah putus hubungan dengan DAP dan Amanah. Namun dalam kerajaan negeri, sebagaimana kenyataannya semalam, beliau masih kekalkan exco yang ada. Ini menunjukkan Azmin lebih takut kepada PAS kerana beliau tahu PAS ada kekuatan.
"Jika PAS tidak bersama dengan mereka, seperti contoh penganjuran BERSIH pun kurang berjaya, kurang pengikutnya. Azmin tahu, PAS ada kekuatan, dan kerana itu walaupun PAS sudah putus hubungan dengan DAP dan Amanah, Azmin tidak akan lantik Amanah sebagai exconya. Beliau takut dengan PAS tetapi tidak hormat DAP dan Amanah.
"Azmin juga memperkudakan DAP, Amanah untuk mengekalkan kuasanya," kata Noh di sidang media selepas merasmikan Pelepasan Larian Bendera Umno Peringkat Negeri Selangor, petang tadi.
Noh juga menggesa Umno-BN mengambil peluang disebalik ketidaktentuan yang berlaku di dalam Pakatan Harapan (PH) Selangor dalam pilihan raya akan datang.
"Kerajaan negeri sebuah kerajaan caca-marba, yang hanya jaga kepentingan politik masing-masing. MB tak fikir masalah rakyat sebaliknya kedudukan sebagai MB. Exco-exconya, meskipun parti bertelagah, mereka tetap hendak jadi exco kerana kepentingan politik," katanya.
Memetik kenyataan Azmin semalam, menteri besar itu berkata tiada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga penggal berakhir kerana menghormati mandat yang diberikan rakyat.
Sebelum ini Naib Ketua Pemuda Nasional Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin mencadangkan kepada Azmin supaya melakukan rombakan kerajaan negeri dengan segera dengan mengenepikan PAS.
Gesaan itu dibuat kerana Muktamar PAS kali ke-63 baru-baru ini meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan tahaluf siyasi PAS-PKR, selepas parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu didakwa sering kali melanggari syarat kerjasama.
Dikhabarkan esok Majlis Syura Ulama PAS akan bermesyuarat bagi memuktamadkan masa depan dan hala tuju kerjasama dua parti berkenaan.
Sementara itu Noh menyifatkan pembangkang tiada kepimpinan yang jelas apabila diminta mengulas gesaan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim supaya pembangkang menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pembangkang tidak ada pemimpin. Sedangkan kita jelas, Presiden Umno sebagai PM. Mereka pula tidak tahu siapa," ujarnya ringkas.
Memetik tulisan Zaid di blognya baru-baru ini menggesa pembangkang menawarkan jawatan nombor satu itu kepada Dr Mahathir, menurutnya sebagai langkah mendapat sokongan pengundi.
Zaid yang kini sebagai ahli DAP mendakwa pemilihan bekas perdana menteri itu boleh meleraikan tanggapan bahawa DAP berminat untuk mengambil alih pentadbiran negara.
Demikianlah Artikel Noh Omar dakwa Azmin Ali takut kepada PAS
Sekianlah artikel Noh Omar dakwa Azmin Ali takut kepada PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Noh Omar dakwa Azmin Ali takut kepada PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/noh-omar-dakwa-azmin-ali-takut-kepada.html