NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat

NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat
link : NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat

Baca juga


NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Program Transformasi Nasional (NTP) membuktikan Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kuat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
 
Timbalan Perdana Menteri berkata, bagaimanapun, negara masih boleh mencapai kejayaan yang lebih baik jika Malaysia mampu menggarap sentimen dalam kalangan pelabur asing dan domestik. 
 
"Saya ingin mengucapkan tahniah secara peribadi dan secara rasmi kepada Perdana Menteri atas pencapaian luar biasa pada tahun 2016 dan pencapaian dalam pelbagai bidang di luar ekonomi itu amat mengagumkan. 
 
"Dari segi pencapaian ekonomi kita mengetahui bahawa secara dasarnya, negara kita mempunyai asas yang kukuh," katanya kepada pemberita. 
 
Beliau mengulas pembentangan laporan Tahunan Program Transformasi Nasional 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini. 
 
Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, biarpun kadar jenayah berjaya menunjukkan penurunan pada tahap 47 peratus dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran, ia masih belum memuaskan hatinya. 
 
"Biarpun pelbagai persepsi kita terpaksa depani namun hakikatnya ialah perangkaan berdasar pada pencapaian PDRM selama ini.  
 
"Ini (masih) tidak puaskan hati saya, sebaliknya kami akan terus berusaha untuk menentukan agar dapat mencapai penurunan kadar jenayah dengan lebih baik lagi," katanya. 
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, program 1AZAM yang diperkenalkan sebelum ini sememangnya menunjukkan impak yang besar kepada rakyat. 
 
"Setiap kali ada laporan laporan tahunan dibentangkan, program itu menunjukkan hasil yang baik. Keduanya, saya sangat berpuas hati kerana wanita termasuk dalam pembuat dasar selain memegang jawatan tinggi dalam pelbagai sektor. 
 
"Ini menunjukkan hasil program kita untuk pastikan wanita-wanita bekerjaya mencapai matlamat. Menjelang 2020 saya perlu memastikan 59 peratus wanita Malaysia dalam alam pekerjaan. 
 
"Walaupun pada ketika ini kita sudah berada pada paras 30 peratus wanita dalam kalangan pembuat dasar, masih banyak yang perlu dilakukan," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat

Sekianlah artikel NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NTP bukti Malaysia ada asas ekonomi yang kuat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/ntp-bukti-malaysia-ada-asas-ekonomi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :