PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas

PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas
link : PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas

Baca juga


PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat laporan polis terhadap laporan muka depan The Star, sehari selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat tunjuk sebab dan akhbar berkenaan sudah membuat permohonan maaf.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mempersoal had tindakan KDN terhadap surat khabar berbahasa Inggeris berkenaan sambil menyifatkan surat tersebut tidak lebih sekadar 'cubitan'.
 
Katanya KDN harus mengambil tindakan lebih tegas kerana laporan muka depan The Star pada Sabtu lalu menyinggung masyarakat Islam.
 
"Saya ingat KDN akan terus gantung The Star. Tindakan itu macam mencubit saja.
 
"Kalau surat tunjuk sebab tak memadai kerana ini bukan tentang menyalahkan atau menghina umat Islam sahaja tapi ia melibatkan keharmonian dalam masyarakat.
 
"Justeru kita desak tindakan sekeras-kerasnya dikenakan terhadap The Star," katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang hari ini.
 
Iskandar berkata laporan polis itu dibuat supaya perkara yang sama tidak lagi berulang, selain menjaga keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini.
 
Menerusi paparan muka depan The Star bertarikh 25 Mei lalu, surat khabar itu meletakkan gambar orang Islam sedang bersembahyang terawih sempena Ramadhan, dan dalam masa yang sama menyiarkan tajuk berita bertajuk 'Malaysian Terrorist Leader'.
 
The Star pada kelmarin sudah membuat permohonan maaf, manakala KDN pada semalam memberi tempoh seminggu untuk surat khabar itu mengemukakan sebab mengapa ia tidak boleh dikenakan tindakan.
 
Kegagalan ia berbuat demikian menyebabkan The Star bakal digantung permit penerbitan selain tindakan-tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
 
 


Demikianlah Artikel PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas

Sekianlah artikel PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS dakwa surat KDN kepada The Star sekadar 'cubitan', gesa tindakan lebih tegas dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pas-dakwa-surat-kdn-kepada-star-sekadar.html

Subscribe to receive free email updates: