Judul : Pas Sesat Hala Tuju Politik - DAP
link : Pas Sesat Hala Tuju Politik - DAP
Pas Sesat Hala Tuju Politik - DAP
Seberang Jaya - Pas kini dikatakan telah sesat hala tuju politiknya selepas menjadikan musuh politik mereka sebelum ini sebagai rakan dan menganggap DAP pula sebagai musuh.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, wujud kekeliruan dalam perjuangan Pas apabila mereka sebelum ini menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) namum tidak mahu memusuhi parti berkenaan.
"Perjuangan mereka tidak konsisten, walaupun mereka tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST tetapi mengapa mereka masih bersama Umno.
"GST bukan dimulakan atau dilaksanakan oleh DAP tetapi diwujudkan oleh BN... Kenapa Pas tidak mahu berjuang untuk menggantikan kerajaan BN tetapi mensasarkan pula DAP," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Penerangan Ketua Menteri mengenai isu-isu semasa di sini, hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha DAP berkata, walaupun Pas tidak lagi menganggap Umno dan BN sebagai musuh utama namun DAP dan semua parti komponen Pakatan Harapan tetap dengan pendirian yang sama akan terus menentang Umno yang BN yang telah melaksanakan pelbagai dasar yang memudaratkan ekonomi negara.
"Pas memutuskan hubungan bukan sahaja dengan DAP malah dengan Bersatu, Amanah dan PKR kecuali dengan Umno.
"Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai dan lihatlah perjuangan mereka yang telah sesat," katanya.
Ditanya sama ada pendirian Pas itu akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan pada PRU14 akan datang, Guan Eng berkata, pihaknya akan menggerakkan semua jentera parti agar bekerja dengan lebih kuat untuk mempertahankan kerajaan negeri ini yang dianggap paling terbaik di negara ini.
Guan Eng turut memperosalkan pendirian Pas itu sama ada ia hanya akan menguntungkan Umno dan BN sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14 akan datang.
"Dia (Pas) lawan untuk apa kalau mereka bukan lagi bermusuhan dengan BN?
"Tidak masuk akal apa yang mereka sedang lakukan sekarang sebab itulah saya katakan perjuangan politik mereka telah sesat," katanya.
Guan Eng berkata, beberapa rakan parti dalam Pakatan Harapan juga telah berputus asa untuk menyelamatkan hubungan dengan Pas sebaliknya mahu terus bersatu mengukuhkan semangat dikalangan rakan pakatan bagi menentang BN.
Pada Muktamar Pas yang berlangsung semalam perwakikan Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, DAP merupakan musuh paling besar parti itu.
Mohd Yusni sebelum ini berkata,musuh paling besar Pas bukanlah Umno tetapi DAP yang dilihat sebagai anti Islam.
"Lihatlah bagaimana pemimpin mereka terang-terangan menolak pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dan juga fitnah-fitnah dahsyat yang dilemparkan terhadap Pas," katanya ketika usul terima kasih dan perbahasan ucapan dasar Muktamar Pas, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.
Tambahnya lagi, walaupun DAP mengusai satu negeri namun sukar untuk parti itu menyelesaikan masalah di situ.
"Pelbagai isu timbul saat mereka memerintah Pulau Pinang, ada isu air, tanah dan lain-lain," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Pas Sesat Hala Tuju Politik - DAP
Sekianlah artikel Pas Sesat Hala Tuju Politik - DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pas Sesat Hala Tuju Politik - DAP dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pas-sesat-hala-tuju-politik-dap.html