Judul : PAS tunggu jemputan 'sah' dari PKR
link : PAS tunggu jemputan 'sah' dari PKR
PAS tunggu jemputan 'sah' dari PKR
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: PAS akan membuat keputusan mengenai kehadiran mereka ke Kongres Nasional PKR, sekiranya menerima jemputan yang 'sah' daripada parti itu, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata pihaknya telah menghantar jemputan kepada PAS sebelum Majlis Syura Ulama membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti berkenaan.
"Jawapan kehadiran bila ada jemputan yang sah," kata Tuan Ibrahim menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad dalam reaksinya berkata, terpulang kepada PKR sekiranya mahu menarik balik jemputan selepas mengambilkira hubungan kedua-dua parti yang kini sudah terbatal.
"Mereka patut buat keputusan sendiri sama ada nak jemput (PAS) atau tidak.
"Nak tarik balik atau tidak, terpulang," katanya.
Saifuddin semalam memaklumkan jemputan kepada PAS telah dihantar kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung, menerusi kurier.
Demikianlah Artikel PAS tunggu jemputan 'sah' dari PKR
Sekianlah artikel PAS tunggu jemputan 'sah' dari PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS tunggu jemputan 'sah' dari PKR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pas-tunggu-jemputan-sah-dari-pkr.html