Judul : Pekebun Dibunuh Rakan Sekampung Kerana Cemburu
link : Pekebun Dibunuh Rakan Sekampung Kerana Cemburu
Pekebun Dibunuh Rakan Sekampung Kerana Cemburu
Taiping - Seorang pekebun ditemui mati, dipercayai dibunuh di tepi Jalan Pengkalan Singai Kerang, Padang Gajah, di sini malam tadi, dipercayai ada kaitan dengan kes cemburu.Mangsa, Wong Chee Kheong, 43, yang masih bujang ditemui dengan kesan luka di bahagian kepala, pipi dan lengan, tidak jauh dari rumah suspek di Sungai Kerang oleh orang ramai kira-kira jam 9.35 malam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata siasatan awal mendapati mangsa diserang dari kawasan belakang rumah suspek sehingga ke lokasi mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari rumah berkenaan.
"Siasatan awal juga mendpaati mangsa diserang disebabkan suspek berusia 34 tahun marah dan cemburu kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan intim dengan isterinya," katanya di sini hari ini.
Harrith Kam berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan isterinya warga Thailand, menghilangkan diri selepas kejadian itu dan usaha sedang dilakukan bagi mengesan mereka.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Demikianlah Artikel Pekebun Dibunuh Rakan Sekampung Kerana Cemburu
Sekianlah artikel Pekebun Dibunuh Rakan Sekampung Kerana Cemburu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pekebun Dibunuh Rakan Sekampung Kerana Cemburu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pekebun-dibunuh-rakan-sekampung-kerana.html