Judul : Pelajar Tahfiz Menang Pingat Emas Kejohanan Matematik Dunia
link : Pelajar Tahfiz Menang Pingat Emas Kejohanan Matematik Dunia
Pelajar Tahfiz Menang Pingat Emas Kejohanan Matematik Dunia
Kuching - Dua pelajar Malaysia muncul pemenang pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia (WMC2017) yang berlangsung di Manila, Filipina baru-baru ini.Salah seorangnya, Jad Haris Sabaruddin merupakan pelajar tahun enam dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub, menang pingat emas dalam Level 4.
Manakala Najmi Asyraf Abdul Halim pula adalah pelajar tahun emapat dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, menang untuk Level 2.
Pertandingan ini terbuka kepada negara-negara yang menjalankan pembelajaran Kaedah Matematik Sakamoto dari Jepun.
Mengikutt peraturan, satu-satunya Pusat Pembelajaran Sakamoto yang ada di negara ini terletak di bandar raya Kuching.
Seramai 25 kanak-kanak dan remaja dari negeri ini telah dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan ini.
Pemenang lain dari Malaysia yang memenangi perak ialah Airiz Danish (Level 2), Dhania Aniesa Fazzrudin (Level 3), Mia Adriana Muhammad Abu Zaid (Level 3) dan Nasrul Haq Zairon (Level 4).
Manakala pemenang gangsa ialah Aqil Shahiran Mohamad Romi (Level 1), Myra Nisrene Mohd Norazman (Level 1), Muhammad Haris Amzah (Level 1), Faeez Zindanie Mohamad Zakie (Level 1), dan Muhammad Amirul Asyraf Abdullah (Level 1).
Demikianlah Artikel Pelajar Tahfiz Menang Pingat Emas Kejohanan Matematik Dunia
Sekianlah artikel Pelajar Tahfiz Menang Pingat Emas Kejohanan Matematik Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Tahfiz Menang Pingat Emas Kejohanan Matematik Dunia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pelajar-tahfiz-menang-pingat-emas.html