Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul

Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul
link : Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul

Baca juga


Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul





Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kandungan buku tulisan Pengerusi PKR Sarawak sejak 2009, Baru Bian, bertajuk “Long Awakening”. Buku yang diberi kata-kata aluan oleh Pastor Dr Chew Weng Chee, Senior Pastor SIB KL, Kuala Lumpur, ini banyak menceritakan perjuangan hidup Baru Bian, baik dalam bidang guaman mahupun bidang politik.


Seperti Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pendakwah (“my true longing was to be a preacher”), Baru Bian, yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan, Sarawak, juga bercita-cita untuk menjadi guru agama.

Dedah Baru Bian pada muka surat 203: “My secret ambition upon retirement from legal practice was to be a bible seminary teacher and live a quiet life. But as I scanned the national landscape, I saw more bible school lecturers than Christian politicians.” (Terjemahan: “Cita-cita rahsia saya selepas bersara dari bidang guaman adalah untuk menjadi seorang guru seminari Injil and hidup secara senyap. Tetapi bila saya meneliti lanskap negara, saya melihat lebih ramai pensyarah sekolah Injil dari ahli politik Kristian.”)

Seperti Hannah Yeoh yang sama-sama merupakan belas ahli Felo Kristian Seberang Laut (Overseas Christian Fellowship) yang menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang, Baru Bian juga membuat seruan demikian.

Tulis Baru Bian pada muka surat vii: “It is here that I want to specially address the OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve… The message to return home to serve was something the OCF has always emphasized.” (Terjemahan: Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk berkhidmat… Mesej untuk pulang untuk berkhidmat adalah sesuatu yang OCF sentiasa tekankan.”)

Berdasarkan kepada pengakuan Baru Bian, beliau sangat aktif menggerakkan kesedaran berpolitik di kalangan masyarakat Kristian, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana, kata beliau pada muka surat 159: “As did many other Malaysians, the Christian community seemed to “wake up” after the political tsunami of 2008. For the first time, people were unafraid to think out loud and independently. There was less fear of repercussions by the government for taking a different stand.” (Terjemahan: “Seperti ramai lagi rakyat Malaysia, masyarakat Kristian kelihatan terbangun selepas tsunami politik pada 2008. Buat kali pertama, rakyat tidak takut untuk bersuara lantang dan bebas. Tidak banyak lagi kebimbangan ke atas tindak-balas kerajaan kerana mengambil pendirian yang berbeza.”)

Hasil dari kerja keras beliau, Baru Bian menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 bagi kerusi Ba’Kelalan walaupun harapan beliau untuk merampas Sarawak seperti dibayangkan kepada individu seperti Aunty Maria tidak tercapai. Tulis Baru Bian pada muka surat 210 mengenai suara yang didengari oleh Aunty Maria: (1) “The lime has come to leave Egypt for Canaan because there is a person ready to lead you all, and this person is Baru Bian.” (Terjemahan: “Masanya sudah tiba untuk meninggalkan Egypt ke Canaan kerana ada seseorang bersedia untuk memimpin kamu semua, dan orang ini adalah Baru Bian.”) (2) “Maria, Baru Bian will lead the people just like Jepthath who led the people of Israel.” (Terjemahan: “Maria, Baru Bian akan mengetuai rakyat seperti Jepthath yang mengetuai rakyat Israel.”)

PKR Sarawak juga hanya menang satu kerusi Parlimen, iaitu Miri, dalam Pilihan Raya Umum 2013. Baru Bian sendiri kelihatan kecewa dengan kekalahan ini walaupun tetap optimis dengan kemampuan PKR dan pakatan pembangkang pada masa hadapan.

Tulis Baru Bian pada muka surat 243 mengenai keputusan Pilihan Raya Umum 2013 ini: “Sarawak was indeed one of the states where Pakatan had increased its share, up 8.9 per cent since the 2008 election, while overall support for BN dropped by 5.3 per cent. It has been a long awakening for Sarawak. I am reminded of Exodus 23:14, in which God assures the Israelites that the promised land will deliberately be given over to them little by little, bit by bit. There was good reason for this instead of an immediate landslide victory. There was much Israel had to learn about becoming a nation. I tell myself, surely, there must be reasons for political change to take place incrementally rather than suddenly.”

(Terjemahan: “Sarawak adalah salah sebuah negeri di mana Pakatan menambah pengaruhnya, naik 8.9 peratus sejak Pilihan Raya Umum 2008, sementara sokongan keseluruhan untuk BN jatuh sebanyak 5.3 peratus. Ia adalah kebangkitan panjang untuk Sarawak. Saya diingatkan mengenai Exodus 23:14, di mana Tuhan memberi jaminan kepada orang-orang Israel bahawa bumi yang dijanjikan akan diberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit. Terdapat sebab bagus untuk ini di sebalik kemenangan besar segera. Terdapat banyak Israel perlu belajar mengenai menjadi sebuah negara. Saya beritahu diri saya, mesti ada sebab-sebabnya mengapa perubahan politik berlaku perlahan-lahan bukan mengejut.”)

Saya sebenarnya tidak ambil peduli dengan sebarang ramalan oleh mana-mana pihak, cuma apa yang mahu saya perkatakan di sini hanyalah mengenai kempen PKR Sarawak, yang diketuai oleh Baru Bian, dalam Pilihan Raya Umum 2013 yang kelihatan pelik.

Tulis Baru Bian pada muka surat 229 mengenai kempen PKR Sarawak dalam Pilihan Raya Umum 2013 ini: “Then I received an SMS from Pastor Patrick in Limbang who said that many of the Sunday school kids cried upon hearing the news that I lost. I realised our gifts of Al-Kitab Kanak-Kanak have surely touched these young lives and that of many others in all the priority seats where PKR stood!” (Terjemahan: “Kemudian saya menerima satu SMS dari Pastor Patrick di Limbang yang menyatakan bahawa ramai kanak-kanak sekolah Ahad menangis bila mendapat berita bahawa saya kalah. Saya sedar bahawa hadiah Al-Kitab Kanak-Kanak sudah tentu menyentuh jiwa anak-anak ini dan jiwa ramai lagi di semua kerusi keutamaan di mana PKR bertanding!”)

Dedah Baru Bian lagi pada muka surat 230 mengenai perkara ini: “Close to 50,000 Al-Kitab Kanak-Kanak and thousands of transistor radios were distributed far and wide in the interior of Sarawak, and through these our message for Change had impacted and touched some rural folks as shown in the increased support in the rural seats.” (Terjemahan: “Hampir 50,000 Al-Kitab
Kanak-Kanak dan beribu-ribu radio transistor telah diedarkan jauh dan dekat di pedalaman Sarawak, dan melalui semua ini mesej kami untuk Perubahan telah memberi impak dan menyentuh sebahagian penduduk luar bandar seperti tertera dalam peningkatan sokongan di kerusi-kerusi luar bandar.”)

Saya cukup tidak faham mengapa PKR Sarawak menggunakan Al-Kitab Kanak-Kanak sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Umum 2013 sedangkan PKR Sarawak, sama seperti DAP, cukup tegas dengan perjuangan sekularnya.

Sebab itulah saya merasa lega bila Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 dan Majlis Syura Ulama’ PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR kerana jelas perjuangan PKR, khususnya PKR Sarawak, tidak selari dengan perjuangan PAS.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).



Demikianlah Artikel Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul

Sekianlah artikel Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persamaan Hala Tuju Aktivis DAP & PKR – Dr Kamarul dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/persamaan-hala-tuju-aktivis-dap-pkr-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :