Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut

Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut
link : Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut

Baca juga


Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut

Chukai - Pelumba CP150 Norizman Ismail berpesan kepada isterinya supaya menghantar anak sulung mereka ke sekolah tahfiz walaupun sebelum ini enggan berbuat demikian.

Isterinya, Nurul Aida Adha Raduan, 27, berkata, suaminya berpesan kepadanya semalam sebelum mereka tidur ketika menginap di sebuah hotel di bandar ini.

"Sebelum tidur, dia berpesan pada saya supaya hantar anak sulung kami (Muhammad Rizman Irfan) yang berusia tujuh tahun ke sekolah tahfiz sedangkan sebelum ini dia tak mahu.

"Sebelum keluar dari hotel untuk pergi ke litar lumba di Bandar Baru Kijal siang tadi juga dia ada berpesan mahu bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di bandar Chukai selepas tamat perlumbaan," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman, hari ini.

Norizman disahkan meninggal dunia selepas terjatuh di selekoh pertama pada sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kemaman, petang hari ini.

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing itu kemudiaannya dikejarkan ke Hospital Kemaman selepas terbabit dalam kemalangan 3.52 petang.

Norizman disahkan meningggal dunia pada 4.50 petang ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut Nurul Aida, sudah dua minggu suaminya itu dilihat berubah perangai dan sering bercakap mengenai masa depan tiga anak mereka yang berusia antara empat hingga tujuh tahun.

Katanya, dia menerima panggilan daripada rakan arwah suaminya itu kira-kira 4 petang sebelum dia bergegas ke Hospital Kemaman selepas dimaklumkan Norizman parah dalam kemalangan berkenaan.

"Saya sangat sedih dan reda dengan kejadian ini dan berjanji akan menunaikan hasrat arwah untuk menghantar anak kami ke sekolah tahfiz selepas ini," katanya.


Demikianlah Artikel Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut

Sekianlah artikel Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesan Terakhir Arwah Norizman Buat Isteri Sebelum Maut dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pesan-terakhir-arwah-norizman-buat.html

Subscribe to receive free email updates: