Judul : Peserta motivasi 'bogel' mengaku bersalah, didenda RM1,500
link : Peserta motivasi 'bogel' mengaku bersalah, didenda RM1,500
Peserta motivasi 'bogel' mengaku bersalah, didenda RM1,500
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Seramai 23 bekas peserta satu program kem motivasi di sebuah resort di Bentong awal tahun lalu, mengaku bersalah kerana berbogel ketika mengikuti program berkenaan.
Majistret Khairuddin Anhar Mahmud mengenakan denda RM1,500 untuk setiap seornag selepas kesemua individu berkenaan dibacakan tuduhan berkelakuan lucah pada program yang dijalankan 21 Januari lalu.
Tertuduh yang berumur antara 19 dan 23 tahun, dan sebahagian besarnya merupakan pelajar kolej menjawab 'ya' selepas ditanya jurubahasa mahkamah sama ada memahami pertuduhan, dan menjawab 'mengaku' selepas ditanya sama ada mengaku salah atau sebaliknya.
Kejadian pada jam 5.30 petang, 21 Januari lalu dilaporkan oleh orang awam ketika sekumpulan peserta program motivasi itu membuat aktiviti di padang permainan resort tersebut.
Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala lima lagi peserta kem motivasi didenda RM1,500 seorang selepas mengaku salah bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 294(a) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Demikianlah Artikel Peserta motivasi 'bogel' mengaku bersalah, didenda RM1,500
Sekianlah artikel Peserta motivasi 'bogel' mengaku bersalah, didenda RM1,500 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peserta motivasi 'bogel' mengaku bersalah, didenda RM1,500 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/peserta-motivasi-bogel-mengaku-bersalah.html