Judul : PKR-DAP wajar tunggu keputusan Majlis Syura Ulama - Timbalan Mursyidul Am PAS
link : PKR-DAP wajar tunggu keputusan Majlis Syura Ulama - Timbalan Mursyidul Am PAS
PKR-DAP wajar tunggu keputusan Majlis Syura Ulama - Timbalan Mursyidul Am PAS
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: PKR dan DAP dinasihatkan agar menunggu keputusan mengenai tahaluf siyasi yang akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama sebelum mengambil tindakan susulan yang boleh mengubah landskap politik tanah air terutamanya di Selangor.
Hal ini kerana menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yaakob, Majlis Syura Ulama adalah badan yang paling sesuai untuk memuktamadkan sebarang keputusan membabitkan tahaluf siyasi sama ada dengan PKR atau mana-mana parti politik.
"Kita tidak memaksa mereka untuk turut menunggu tetapi dari segi keputusan muktamar kita meraikan apa keputusan muktamar," katanya kepada Antarapos.
Beliau menambah dalam soal ini ia bergantung kepada bidang kuasa Majlis Syura Ulama yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat kerana banyak aspek perlu diteliti terlebih dahulu.
"Kita tak boleh nak jangka pihak lain sama ada DAP ataupun PKR, kita tak boleh jangka sebab parti masing-masing.
"Tetapi kita meraikan keputusan muktamar bahawa memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR tetapi selepas diangkat kepada Majlis Syura Ulama," katanya mengulas desas-desus akan berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Selangor.
Kedudukan pentadbiran negeri Selangor berada dalam keadaan tidak menentu berikutan keputusan sebulat suara Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan.
Keputusan meleraikan hubungan PAS dan PKR akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat dalam tempoh terdekat.
Usul memutuskan tahaluf siyasi PAS-PKR itu penting kerana ia akan membabitkan masa depan kelangsungan politik PAS, yang kini 66 tahun, antara parti tertua di negara ini.
17 anggota Majlis Syura Ulama tentukan tahaluf siyasi
Mengulas lanjut Ahmad berkata desas-desus yang semakin bertiup kencang di Selangor disifatkan beliau sebagai andaian.
"Kita tak boleh nak ramal lagi sehinggalah kita dengar apakah keputusan yang akan dibuat Syura Ulama.
"Barulah ada implikasinya sebab keputusan muktamar adalah menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama," katanya.
Justeru Menteri Besar Kelantan ini meminta semua pihak terutamanya anggota parti supaya menerima apa jua keputusan majlis tertinggi berhubung tahaluf siyasi dengan PKR.
"Apa-apa kemungkinan berlaku selepas itu buat masa ini kita tak boleh nak komen dan tak boleh buat andaian lagi.
"Sebab mengikut keputusan muktamar itu kita serah kepada Syura Ulama," katanya.
Ujar Ahmad lagi, perkara itu kini terletak kepada 17 anggota Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am PAS Hashim Jasin untuk menentukan kedudukan muktamad tahaluf siyasi dengan PKR.
"Jadi Majlis Syura Ulama yang anggotanya lebih kurang 17 orang akan meneliti cadangan-cadangan bermesyuarat, alasan-alasan kenapa kita nak putuskan hubungan kerjasama politik atau pun tahaluf siyasi.
"Itu kita akan buat penelitian secara terperinci," katanya.
Demikianlah Artikel PKR-DAP wajar tunggu keputusan Majlis Syura Ulama - Timbalan Mursyidul Am PAS
Sekianlah artikel PKR-DAP wajar tunggu keputusan Majlis Syura Ulama - Timbalan Mursyidul Am PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR-DAP wajar tunggu keputusan Majlis Syura Ulama - Timbalan Mursyidul Am PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pkr-dap-wajar-tunggu-keputusan-majlis.html