PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS

PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS
link : PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS

Baca juga


PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS

 
Exco Afif Bahardin berkata kerajaan Pulau Pinang menjemput Adun PAS ke mesyuarat pra-majlis MMKN.


afif-pkr


SHAH ALAM: Perwakilan PKR diingatkan supaya mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang menjemput seorang Adun PAS ke mesyuarat pra-majlis Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selagi beliau terus menyokong dasar kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata demikian ketika membahaskan ucapan presiden di Kongres Nasional PKR ke-12 hari ini.

“(Mengenai) Tahaluf siyasi…saya nak cerita sikit kami di Pulau Pinang putus lebih awal dari Selangor. Di Pulau Pinang, kita ada seorang Adun dari PAS. Sehingga hari ini, bahkan minggu lepas, kita jemput beliau ke mesyuarat kerajaan negeri Adun Pakatan Harapan…kerana dia masih menyokong usaha dan dasar Pulau Pinang,” katanya.

Salleh Man merupakan Adun tunggal PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri, sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Beliau bukan salah seorang exco kerajaan Pulau Pinang. Portfolio hal ehwal Islam dipegang Abdul Malik Abul Kassim dari PKR.

Afif, yang juga seorang exco kerajaan Pulau Pinang, berkata demikian ketika terdapat desakan terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan exco PAS dalam pentadbirannya, selepas terbatalnya kerjasama antara PKR dan PAS 11 Mei lalu.

Selangor mempunyai 3 exco PAS – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairy dan Zaidy Abdul Talib – selain ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan. Kerajaan ini terbentuk selepas Pakatan Rakyat, yang terdiiri daripada PKR, PAS dan DAP memenangi majoriti kerusi DUN di Selangor pada pilihan raya 2013.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dilaporkan meletak jawatan atau dipecat selepas muktamar PAS ke-61 pada 2015 meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu, Azmin dalam ucapan penggulungannya tidak mahu menjawab peringatan Afif itu.

“Walaupun ada wakil Pulau Pinang mewakili AMK cuba menyinggung Selangor tadi, saya ingat saya takkan jawab,” kata Azmin



Demikianlah Artikel PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS

Sekianlah artikel PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pkr-diingatkan-contohi-p-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :