PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar

PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar
link : PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar

Baca juga


PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR tidak perlu "berhempas pulas" dan harus fokus kepada memperkukuhkan Pakatan Harapan susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada perwakilan Kongres Nasional PKR sebentar tadi. 
 
Kenyataan itu melambangkan perubahan nada oleh Anwar, dua hari selepas beliau mencadangkan PKR terus membuka pintu rundingan dengan PAS bersabit kemelut yang memberi kesan kepada kedudukan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
 
Dalam amanantnya kepada perwakilan, Anwar kali ini menyifatkan PAS sebagai parti yang mesra Umno dan “bersandiwara” dengan PKR.  
 
Dalam ucapan yang dibacakan oleh  anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden PKR,  Anwar berkata parti itu perlu melangkah ke depan tanpa bersandarkan lagi kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PAS.   
 
"Keputusan PAS terkini mengejutkan dan menghampakan ramai. Namun demikian pilihan mereka untuk beralih dari ketetapan lama dan menuju ke aras baru yang tidak ingin kami duga. 
 
"PKR tidak perlu berhempas pulas dalam isu tersebut. Tumpuan sekarang adalah menerima kenyataan terkini dan terus mengangkat keupayaan jemaah," kata Anwar yang juga Ketua Umum PKR. 
 
Jumaat lalu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan parti itu masih membuka pintu rundingan bersama PAS, sebagaimana yang diminta Anwar.
 
Rundingan itu antara lainnya didakwa akan menentukan kedudukan wakil rakyat PAS di dalam kerajaan negeri Selangor.
 
Hari ini Anwar berkata keputusan PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR  memang sudah di ramal. 
 
“Keputusan tersebut dapat diduga melihatkan pendirian parti tersebut beberapa tahun kebelakangan yang lebih lunak dengan Umno.
 
“Namun kita merasa kecewa kerana kenyataan yang menyelar pendirian PKR, malah mengelirukan berkaitan RUU 355. Sandiwara menarik berulang…” kata Anwar yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya. 
 
Dalam ucapannya kepada perwakilan PKR, Anwar turut mahukan mereka memperkukuh kerjasama  di dalam Pakatan Harapan (PH) yang turut merangkumi DAP, Amanah dan PPBM dalam mendepani pilihan raya umum akan datang. 
 
"Kini PPBM dirangkum dan dengan membuka ruang penyertaan NGO, reformis, aktivis. Sekutu PH perlu sedar keperluan membina konsensus dalam menentukan perkara dasar bahawa ia tidak sama sekali disamakan dengan pertarungan segelintir elit politik yang silih berganti tanpa agenda perubahan yang jelas," tegasnya.
 
 


Demikianlah Artikel PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar

Sekianlah artikel PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR tak perlu berhempas pulas dengan isu PAS, kata Anwar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pkr-tak-perlu-berhempas-pulas-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :