Judul : Rizal Mansor dan Adun DAP berselisih lagi mengenai Rosmah
link : Rizal Mansor dan Adun DAP berselisih lagi mengenai Rosmah
Rizal Mansor dan Adun DAP berselisih lagi mengenai Rosmah
Pembantu khas perdana menteri itu berkata segala pertanyaan Yeo mengenai rombongan Rosmah ke UK boleh dijawab di Parlimen.
PETALING JAYA: Datuk Rizal Mansor dan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin sekali lagi berselisih mengenai aktiviti Datin Seri Rosmah Mansor, kali ini mengenai lawatan isteri perdana menteri itu ke United Kingdom yang turut disertai 2 menteri dan hampir 40 guru dan pelajar.
Rizal yang juga pegawai khas kepada perdana menteri menjawab kritikan terbaru Yeo yang mempersoalkan keperluan lawatan itu diadakan, di samping mahu mengetahui perbelanjaan bagi rombongan itu.
Rosmah yang merupakan penaung program Pusat Anak Permata Negara (Permata) akan mengadakan lawatan ke London mulai hari ini.
Beliau dijadual merasmikan Majlis Nobel Minda, program anjuran Permata Pintar dengan Royal Society of London.
Rosmah akan ditemani Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bersama 32 pelajar serta 6 orang guru.
Yeo mempersoalkan keperluan 2 menteri turut serta dalam lawatan berkenaan.
“Apa yang mereka lakukan di United Kingdom dalam masa seminggu itu? Gaji menteri dibayar oleh pembayar cukai dan mereka patut bertanggungjawab terhadap pembayar cukai untuk lawatan rasmi mereka,” katanya.
Ketika dihubungi, Rizal berkata soalan itu boleh dijawab di Dewan Rakyat.
“Suruh tanya melalui ahli Parlimen dia dan buatlah soalan-soalan di Parlimen serta menteri yang bertanggungjawab akan jawab,” katanya kepada FMT hari ini.
Yeo dalam kenyataannya berkata sekiranya perbelanjaan itu dibiayai pembayar cukai, adakah ia tindakan bijak oleh kerajaan ketika pelbagai pemotongan bajet di hampir semua bidang perkhidmatan awam dan subsidi.
“Malah adakah perjalanan ini perlu?” soalnya.
Yeo dan Rizal sebelum ini bertelagah selepas kritikan terhadap program Permata. Oktober lalu, beliau memenuhi undangan Rizal melawat salah sebuah tadika kelolaan Permata.
Demikianlah Artikel Rizal Mansor dan Adun DAP berselisih lagi mengenai Rosmah
Sekianlah artikel Rizal Mansor dan Adun DAP berselisih lagi mengenai Rosmah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rizal Mansor dan Adun DAP berselisih lagi mengenai Rosmah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/rizal-mansor-dan-adun-dap-berselisih.html