Judul : Sayu, Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menyusu Mayat Ibu
link : Sayu, Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menyusu Mayat Ibu
Sayu, Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menyusu Mayat Ibu
Tragis, apabila seorang bayi berusia 17 bulan ditemui penduduk sedang menghisap susu daripada tubuh ibunya sendiri yang telah meninggal dunia.Dalam kejadian di daerah Damoh, Madhya Pradesh, India, itu, seorang lelaki telah menghubungi polis apabila menemui mayat seorang wanita berhampiran landasan kereta api.
Apabila polis tiba mereka melihat ramai orang berkerumun dekat mayat wanita itu dan seorang bayi sedang menangis.
Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata: “Kami melihat seorang wanita terbaring dekat landasan kereta api dan menghubungi polis.
“Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata,” katanya.
Seorang pekerja di landasan kereta api, Nand Ram berkata: “Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan ibunya.
“Kami terkejut melihatnya, ia sangat menyedihkan. Wanita itu mati terbaring manakala anaknya terlentok sambil menangis di sebelahnya.
“Ini adalah sesuatu yang kami tidak pernah lihat sebelum ini. Ia menyentuh perasaan.
Balmiki menambah, mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian.
Katanya: “Kami mengesyaki dia terbabit kemalangan berdasarkan darah yang keluar dari hidung dan telinganya.
“Kami cuba mencari alamat rumah wanita itu dan berusaha mendapatkan beberapa maklumat supaya keluarganya boleh dimaklumkan.
“Bayi itu dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak tempatan juga telah dimaklumkan.
Seorang jurucakap hospital memberitahu: “Kanak-kanak itu dibawa ke sini sekitar jam 10 pagi.
“Kami telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atasnya dan dia mengalami selesema tetapi telah diberikan ubat.
“Dia tidak mempunyai sebarang komplikasi lain dan kami akan pastikan dia dijaga rapi.
Perbincangan sedang dibuat untuk bayi itu dihantar ke rumah anak yatim sehingga keluarganya dikesan.
Demikianlah Artikel Sayu, Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menyusu Mayat Ibu
Sekianlah artikel Sayu, Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menyusu Mayat Ibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sayu, Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Menyusu Mayat Ibu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/sayu-bayi-17-bulan-ditemui-sedang.html