Judul : Selang beberapa jam, Johari Abdul masih berharap PAS ubah pendirian
link : Selang beberapa jam, Johari Abdul masih berharap PAS ubah pendirian
Selang beberapa jam, Johari Abdul masih berharap PAS ubah pendirian
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: PAS masih punya masa untuk mengubah pendirian dan kembali bersama mengukuhkan kedudukan pembangkang menuju menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Hal tersebut disuarakan salah seorang pemimpin PKR, Datuk Johari Abdul, seraya meminta PAS 'merenung' pencapaian dan kejayaan yang pernah dikecapinya bersama parti-parti pembangkang selama ini.
"Permintaan saya terhadap pucuk pimpinan PAS khususnya pihak paling teratas di dalam parti yang akan membuat keputusan hari ini adalah, melihat dan meletakkan kepentingan rakyat paling utama berbanding hal ini.
"Saya harap mereka dapat lakukan, kerana mereka pernah lakukan keputusan yang baik pada 1999 sehingga 2013. Bermakna jika sudah empat kali sudah bersama dengan pembangkang dan menjatuhkan BN apatah lagi sedar kerajaan sekarang tidak beri yang terbaik kepada rakyat selain mengesahkan beberapa kali bahawa kerajaan Umno-BN sebagai sebuah kerajaan yang tidak lagi boleh memerintah negara.
"Jadi tidak ada sebab mengapa mereka (PAS) tidak boleh kembali ke meja rundingan untuk melihat supaya pembangkang bersatu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Respon sebegitu diberikan Johari selang beberapa jam sebelum Majlis Syura PAS mengumumkan keputusan partinya sama ada memutuskan atau meneruskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Usul putus hubungan PAS-PKR diluluskan tanpa bahas menerusi Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 pada hujung April lalu, selepas PKR didakwa kerap kali melanggari syarat kerjasama.
Antaranya, kerjasama PKR dengan DAP dan Amanah di dalam Pakatan Harapan (PH), sokongannya terhadap calon-calon Amanah di dalam dua pilihan raya kecil tahun lalu, selain kegagalan sokongan PKR terhadap hasrat PAS meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Johari, yang juga Ketua Whip PKR ketika mengulas lanjut juga menggesa PAS mengenepikan soal ego parti kerana ia akan menyebabkan kepentingan rakyat terjejas.
"Sejak 1999, rakyat Malaysia telah secara sedar atau tidak sedar, melihat bahawa negara ini mengalami sistem dwi-parti. Bermakna sama ada BN atau PH. Secara psikologi, rakyat melihat ada dua kumpulan sahaja yang akan bertembung dalam pilihan raya akan datang.
"Kewujudan barisan ketiga seperti diuar-uarkan PAS agak sukar diterima kerana hakikatnya rakyat tahu, jika BN hendak dijatuhkan, maka pembangkang mesti bersatu.
"Saya mengharapkan mereka kembali ke meja rundingan, itu sahaja. Mungkin terjadinya perbezaan pendapat, tetapi itu juga yang wujud pada 1999. Dan apakah masalahnya?," katanya merujuk kembali sejarah PAS bersama pakatan pembangkang tidak lama dahulu.
Keputusan Majlis Syura PAS petang ini bakal mempengaruhi kestabilan politik dalam kerajaan negeri Selangor selain menentukan sama ada berjaya atau tidak konsep satu lawan satu pada PRU14 kelak.
Majlis Syura PAS bakal bermesyuarat pada jam 3 petang ini dan keputusannya akan diputuskan melalui 17 anggota majlisnya, sejurus selepas itu.
Demikianlah Artikel Selang beberapa jam, Johari Abdul masih berharap PAS ubah pendirian
Sekianlah artikel Selang beberapa jam, Johari Abdul masih berharap PAS ubah pendirian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selang beberapa jam, Johari Abdul masih berharap PAS ubah pendirian dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/selang-beberapa-jam-johari-abdul-masih.html