Judul : Siapa pemenang antara tampar dan TN50?
link : Siapa pemenang antara tampar dan TN50?
Siapa pemenang antara tampar dan TN50?
Oleh Timmy Say
Perdebatan sosial media yang berlaku selepas insiden ‘tampar’ yang berlaku di depan mata Datuk Seri Najib Razak semasa sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya menunjukkan minda rakyat Malaysia amat bercelaru.
Video seorang dewasa yang beritonasi kasar ditampar seorang lagi orang dewasa yang hilang sabar disebar meluas sejurus selepas kejadian berlaku.
Tajuk video digunakan untuk mempengaruhi minda para pengejar konspirasi. Mereka yang menyebelahi orang yang menampar menggunakan tajuk yang menunjukkan pengarah video bersalah kerana bersikap kurang ajar.
Mereka yang bersimpati dengan orang yang ditampar pula mengolah tajuk berbunyi mereka yang menampar adalah kasar dan telah melanggar undang-undang.
Ada juga kumpulan rakyat yang tidak mahu berbahas mengenai orang yang ditampar dan orang yang menampar, sebaliknya cuba menggunakan peluang ini untuk membelasah Najib.
Musuh ketat Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bangganya mengisytihar bahawa kejadian tampar sedemikian tidak pernah berlaku di zaman perdana menteri-perdana menteri sebelum Najib.
“Tak pernah berlaku kepada saya atau perdana menteri lain sebelum saya. Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya,” kata Dr Mahathir, yang barangkali terlupa beliau terlupa zamannya ada ISA.
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng pula berkata, insiden itu bagaikan musim di mana keganasan boleh digunakan terhadap sesetengah golongan rakyat Malaysia, yang meliputi golongan minoriti dan pembangkang.
Namun, ada juga yang melihat insiden ini daripada sudut kaca kaum. Mereka melihat orang Cina ditampar oleh orang Melayu, dan PM yang juga orang Melayu tidak berbuat apa-apa.
Pandangan sebegini amat bahaya kepada negara.
Sebenarnya kejadian tampar ini hampir sama dengan insiden pemandu kereta tersekat di jalan yang sedang diadakan sembahyang Jumaat.
TN50 dan sembahyang Jumaat sedang berlaku dalam satu keadaan yang tenang. Dalam kedua-dua insiden, tetiba muncul seorang dewasa yang tidak reti berbudi bahasa menimbulkan sedikit ketidaksenangan.
Majoriti kekal tenang, namun ada yang hilang sabar sehingga ada kejadian yang tidak diingini.
Kedua-dua insiden berakhir dengan permohonan maaf antara kedua-dua pihak terlibat. Mereka yang sukakan kedamaian akan menyukai bagaimana kedua-dua insiden ini diakhiri dengan matang dan sejahtera.
Walaupun insiden itu sudah berakhir, namun ombak di minda rakyat Malaysia masih bercelaru. Rakyat nak apa sebenarnya?
Oleh itu, yang menang dalam insiden ini ialah TN50. Kerana insiden ini, nama TN50 kini dikenali walaupun intinya tidak. Berbanding nama 1Malaysia, cara TN50 menyebarkan namanya menelan kos yang jauh yang lebih rendah.
Jika ada sesi TN50 yang dilangsungkan dalam masa terdekat, percayalah rakyat akan pergi berduyun-duyun sekurang-kurangnya untuk menanti apakah ada insiden tampar lagi.
Akhir kata, pemenang insiden tampar ini ialah BN, TN50 dan Najib, kerana minda rakyat yang amat bercelaru.
Demikianlah Artikel Siapa pemenang antara tampar dan TN50?
Sekianlah artikel Siapa pemenang antara tampar dan TN50? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siapa pemenang antara tampar dan TN50? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/siapa-pemenang-antara-tampar-dan-tn50.html