Judul : Suami Ceraikan Isteri Suka Rakam Gambar Makanan
link : Suami Ceraikan Isteri Suka Rakam Gambar Makanan
Suami Ceraikan Isteri Suka Rakam Gambar Makanan
Amman, Jordan - Gara-gara merakam gambar makanan, seorang lelaki bertindak menceraikan isterinya.Kejadian berlaku di sebuah restoran di barat bandar raya ini apabila wanita itu mencetuskan kemarahan suaminya setelah memaksa dia berhenti makan untuk membolehkan dia merakam gambar makanan itu dan menghantar gambar berkenaan kepada rakannya menerusi Snapchat.
Menurut laporan media tempatan, lelaki itu membawa isterinya makan malam di sebuah restoran mewah Sabtu kelmarin.
Kerana terlalu ramai pelanggan, mereka terpaksa menunggu setengah jam untuk makanan tiba, menyebabkan si suami terlalu lapar.
Bagaimanapun, apabila hendak menyentuh makanan itu, isterinya meminta dia bersabar sementara dia merakam gambar makanan berkenaan.
Keadaan menjadi tegang apabila lelaki itu menghalang isterinya berbuat demikian.
Si suami meninggikan suara diikuti dengan lafaz talak sebelum meninggalkan restoran itu tanpa membayar harga makanan itu.
Demikianlah Artikel Suami Ceraikan Isteri Suka Rakam Gambar Makanan
Sekianlah artikel Suami Ceraikan Isteri Suka Rakam Gambar Makanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suami Ceraikan Isteri Suka Rakam Gambar Makanan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/suami-ceraikan-isteri-suka-rakam-gambar.html