Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok

Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok
link : Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok

Baca juga


Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok

OLEH NORHAYATI UMOR

MPK


KLANG: Taman Rakyat di Andalas kini menjadi taman awam pertama daerah Klang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Azmi Muji berkata, pewartaan taman awam itu bertujuan mewujudkan sebahagian kawasan bebas asap rokok sekaligus melindungi keselesaan dan kesihatan pengunjung.

Katanya, MPK komited membantu Kerajaan Negeri melaksanakan kempen dalam memberi kesedaran kepada perokok untuk tidak mencemarkan alam sekitar khususnya di kawasan rekreasi.

“MPK juga akan mempertingkatkan usaha mempromosikan pelbagai program supaya dijadikan platform bagi membentuk gaya hidup sihat.

“Kita berharap usaha ini mendapat kerjasama daripada masyarakat sekitar dan MPK akan memperluaskan lagi kawasan bebas asap rokok secara berterusan,” katanya di Majlis Perasmian Taman Awam sebagai kawasan larangan merokok peringkat daerah Klang,” di Taman Rakyat, di sini.

Sementara itu, Ketua Unit Kesihatan Penyakit Berjangkit (NCD) Negeri, Dr Mohamed Ismail Lasa berkata, taman awam itu merupakan kawasan ke-24 dipilih sebagai kawasan larangan merokok.

Katanya, ia sebagai usaha menjadikan Klang sebagai lokaliti penting sekaligus untuk menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan serius menangani permasalahan itu.

“Kematian dari merokok menjadi kedua tertinggi, 90 peratus perokok akan mati sebab penyakit barah, 70 peratus berpunca dari sakit paru-paru dan 25 peratus menderita penyakit jantung,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mohamed Ismail memaklumkan larangan pembeli rokok bagi usia 21 tahun akan diperkenalkan hujung tahun ini.

Penguatkuasaan merokok di Taman Awam itu dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2017 ini.

Sebanyak 2,000 risalah diedarkan sempena pewartaan di Taman Awam itu.

Pewartaan itu mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu bertujuan melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

Denda dikenakan maksimum RM 10,000 dan penjara dua tahun jika disabit kesalahan.=EZY=



Demikianlah Artikel Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok

Sekianlah artikel Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taman Rakyat pertama kawasan diwarta larangan merokok dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/taman-rakyat-pertama-kawasan-diwarta.html

Subscribe to receive free email updates: