Judul : TAN SRI..SPR BUKAN TAKAT MACAI BN, TAPI MACAI PEMBANGKANG JUGAK !
link : TAN SRI..SPR BUKAN TAKAT MACAI BN, TAPI MACAI PEMBANGKANG JUGAK !
TAN SRI..SPR BUKAN TAKAT MACAI BN, TAPI MACAI PEMBANGKANG JUGAK !
semalam bekas pengerusi SPR, tan sri abdul rashid ( TSAR) ada keluarkan kenyataan.
SPR jangan jadi macai BN.
bukan takat tu je, TSAR juga bagi amaran pengerusi SPR sekarang jangan jadi pengerusi yang tidak profesional dalam sejarah SPR.
2 kenyataan bekas pengerusi SPR ini dilakukan sewaktu sidang media PH.
boleh rujuk kenyataan di bawah.
alasan 'macai BN ' itu digunakan dengan merujuk kepada dakwaan kononnya SPR melanggar perlembagaan persekutuan.
sayang lontaran itu tak diselikan dengan detailing, perincian atau sebarang kesalahan spesifik untuk menyokong dakwaan.
senang cerita, lontar dan tembak aje lah..
TSAR pernah menjadi pengerusi SPR 2008-2010. sebelum itu beliau juga berada dalam hirarki kepimpinan tertinggi SPR.
bercakap mengenai macai, TSAR sebenarnya perlu lebih TELUS untuk melabelkan SPR itu sebenarnya macai siapa ? macai BN atau pembangkang.
sejak 1999 kesedaran politik malaysia menaik tinggi.
bermula dengan kesedaran politik tinggi itulah, lahirnya pelbagai desakan dan permintaan untuk menjadikan SPR ini perlu lebih up to date dalam menangangi perjalanan proses pilihanraya di malaysia.
sebelum 1999, pembangkang tiada hak untuk hadir dalam proses pengundian awal yang membabitkan penjawat awam seperti tentera, polis dan keluarga mereka.
menjelang 2004, kaedah ini dilupuskan. pembangkang ada hak untuk hadir pada hari pengundian pengundi awal. SPR tunduk kepada desakan pembangkang. SPR waktu itu menjadi macai pembangkang ( barisan alternatif )
menjelang pru 2004 juga, peti undi kotak hitam telah ditukar kepada pei undi lutsinar. sekali lagi SPR menjadi macai kepada pembangkang.
pada pru 13, pembangkang dan BERSIH desak SPR gunakan dakwat hitam untuk dicalit pada jari pengundi. tujuannya untuk elakkan pengundi hantu dan undi dua kali. ( sebenarnya gagal dibuktikan kewujudannya ).
sekali lagi SPR ikut kata pembangkang. kita guna dakwat hitam. ( dalam sistem pilihanraya di kebanyakan negara dunia, sistem biometrik merupakan sistem yang digunapakai oleh mereka. tapi pembangkang taknak )
cerita politik menyebabkan kesedaran politik di kalangan rakyat malaysia meningkat naik.
setakat ini hampir 2-3 juta lebih pengundi baru telah didaftarkan oleh SPR yang melayakkan mereka ini boleh mengundi pada pru 14 kelak.
namun cerita kebaikan ini disorokkan ke dalam karpet.
yang perlu dibisingkan adalah 200-500 pengundi yang ditolak pendaftarannya kerana alamat tak lengkap, keraguan individu dan sebagainya.
yang baik dibuatkan SPR senyap, sikit teknikal salah kasi bising.
TSAR tahu perjalanan sistem pilihanraya.
hampir semuanya jikalau layak dituruti ( dakwat hitam, wakil undi awal,kotak undi lutisnar ) maka SPR akan turuti...
kenapa di kala SPR tunduk kepada kehendak pembangkang, SPR TAK DIGELAR MACAI PEMBANGKANG ?
persoalan TSAR yang dakwa SPR langgar perlembagaan.
negara kita demokrasi, sebarang ketidakpuasan mengenai apa juga boleh diheret masuk mahkamah.
sejak 6 bulan lepas,pembangkang dah heret 7 kali SPR ke mahkamah.
disebabkan prosedur dan aturannya betul, maka mahkamah putus SPR menang 7 kali itu lah/
isu persempadanan semula merupakan basic pilihanraya.
sebarang persempadanan semula layak dilakukan mengikut kitaran 10 tahun.
antara justifikasinya adalah kerana pola geografi kependudukan yang bertambah. sebagai contoh.
pada tahun 1999 parlimen shah alam ada dua dun. batu tiga dan sungai renggam
lepas persempadanan semula, parlimen shah alam dipecahkan kepada dua. shah alam dan kota raja.
sejak 10 tahun lepas shah alam semakin padat dengan kawasan penempatan baru. kini shah alam ada U1 hinggalah U13.
kewajaran persempadanan semula perlu dilakukan. cerita shah alam sama bikinnya dengan kebanyakan parlimen yang lain.
takkan TSAR tak tahu ?
kerana PERSEMPADANAN SEMULA YANG SPR IKUT PERLEMBAGAAN INI JUGAKLAH pembangkang makin banyak menang.
tengok ajelah peningkatan kerusi dun di selangor antara 2008 dan 2013.
bila TSAR tuduh SPR itu macai BN, jangan lupa selitkan sekali SPR jugak macai pembangkang.
Demikianlah Artikel TAN SRI..SPR BUKAN TAKAT MACAI BN, TAPI MACAI PEMBANGKANG JUGAK !
Sekianlah artikel TAN SRI..SPR BUKAN TAKAT MACAI BN, TAPI MACAI PEMBANGKANG JUGAK ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAN SRI..SPR BUKAN TAKAT MACAI BN, TAPI MACAI PEMBANGKANG JUGAK ! dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/tan-srispr-bukan-takat-macai-bn-tapi.html