Judul : Tiga warga Turki diusir malam tadi
link : Tiga warga Turki diusir malam tadi
Tiga warga Turki diusir malam tadi
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga Turki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengganas diusir ke negara asal mereka, malam tadi.
Terdahulu, ketiga-tiga mereka ditahan pada 2 dan 4 Mei lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang.
Ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan kumpulan 'Fetullah Terrorist Organization' (FETO), yang diwartakan sebagai pertubuhan pengganas oleh Kerajaan Turki dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga mereka, Turgay Karaman, 43; Ihsan Aslan, 39 dan Ismet Ozcelik, 58, turut disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Turki.
"Dokumen perjalanan mereka juga sudah dibatalkan oleh kerajaan Turki, sekali gus kehadiran mereka di Malaysia adalah tidak sah dan berstatus Pendatang Tanpa Izin (PATI)," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Beliau berkata, Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman dan Jabatan Imigresen Malaysia, terbabit dalam proses pengusiran ketiga-tiga individu terbabit.
Demikianlah Artikel Tiga warga Turki diusir malam tadi
Sekianlah artikel Tiga warga Turki diusir malam tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga warga Turki diusir malam tadi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/tiga-warga-turki-diusir-malam-tadi.html