Judul : Usul arah ketua menteri Pulau Pinang bercuti ditolak
link : Usul arah ketua menteri Pulau Pinang bercuti ditolak
Usul arah ketua menteri Pulau Pinang bercuti ditolak
ANTARAPOS.COMBUTTERWORTH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menolak permohonan pembangkang untuk membentangkan usul supaya ketua menteri dan penjawat awam bercuti jika berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid berkata beliau menerima notis penolakan itu pada Jumaat lepas.
Ditanya alasannya, Jahara meminta perkara itu diajukan pada speaker Law Choo Kiang sendiri.
“Mereka mahu tutup semua pintu untuk lindungan ketua menteri,” kata Jahara yang juga anggota DUN Telok Ayer Tawar menurut Malaysiakini.
Sidang dewan seterusnya akan berlangsung pada 19 Mei depan.
Jahara juga menyifatkan pihak kerajaan negeri “mengarut” dan tidak mengamalkan demokrasi atau kebebasan bersuara dengan langkah itu.
Jahara memfailkan usul untuk memaksa Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti kerana berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.
Umno mendakwa, penjawat awam akan ditekan untuk menyokong Lim dalam perbicaraan jika beliau terus dibenarkan mentadbir seperti biasa.
Lim menolak gesaan itu dan berkata tuduhan terhadapnya adalah hasil komplot politik BN untuk membunuh kerjaya politiknya.
Perbicaraan itu, yang melibatkan 60 saksi, ditangguh sementara menunggu Lim mencabar Seksyen 62, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diselesaikan di Mahkamah Persekutuan.
Law bagaimanapun enggan mengulas perkara itu buat masa ini bagi menghormati anggota-anggota dewan dan peraturan tetapnya.
Beliau berkata hanya akan berbuat demikian apabila sidang dewan bermula.
Demikianlah Artikel Usul arah ketua menteri Pulau Pinang bercuti ditolak
Sekianlah artikel Usul arah ketua menteri Pulau Pinang bercuti ditolak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Usul arah ketua menteri Pulau Pinang bercuti ditolak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/usul-arah-ketua-menteri-pulau-pinang.html