Judul : Wakil Rakyat HARAPAN Di Selangor Sudah Kaya, Tidak Mungkin Melompat
link : Wakil Rakyat HARAPAN Di Selangor Sudah Kaya, Tidak Mungkin Melompat
Wakil Rakyat HARAPAN Di Selangor Sudah Kaya, Tidak Mungkin Melompat
Suara KebenaranDesas desus akan berlaku tindakan melompat parti oleh 4 wakil rakyat PKR di Selangor seperti yang menjadi viral minggu lepas, sangat mustahil kata sumber yang rapat dengan kepimpinan Pakatan Harapan Selangor.
Ini kerana kebajikan semua wakil rakyat ini mendapat keutamaan tinggi dari Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sejak mengambil alih jawatan pada September 2014. Mereka sudah hidup senang sekarang, tidak mungkin akan melompat parti, tak kira berapa banyak pun yang ditawarkan, oleh UMNO umpamanya.
Termasuklah diantara mereka yang terlibat ini, wakil rakyat dari PAS, sekalipun dalam muktamar yang baru berakhir Ahad lepas, PAS memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PKR dalam PRU14 yang akan datang.
Sekalipun Azmin memotong kenaikan elaun ADUN dan Exco yang diluluskan sewaktu era pemerintahan Khalid Ibrahim, tapi semua wakil rakyat Harapan mendapat pelbagai keistimewaan lain dari kerajaan negeri untuk menggantikan nilai elaun yang dibatalkan kenaikannya itu.
Apakah keistimewaan itu, tak perlulah dijelaskan tapi sebagai antara negeri yang termaju di Malaysia, sudah tentu banyak projek yang boleh diserahkan kepada semua wakil rakyat ini untuk mengendalikannya.
Lagipun, kalau ketua AMK di Selangor boleh menjadi jutawan pada usia yang muda, dimana logiknya wakil rakyat HARAPAN tidak boleh? Fikir macam itu saja cukuplah
Demikianlah Artikel Wakil Rakyat HARAPAN Di Selangor Sudah Kaya, Tidak Mungkin Melompat
Sekianlah artikel Wakil Rakyat HARAPAN Di Selangor Sudah Kaya, Tidak Mungkin Melompat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wakil Rakyat HARAPAN Di Selangor Sudah Kaya, Tidak Mungkin Melompat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/wakil-rakyat-harapan-di-selangor-sudah.html